Assalam...
Coklat untuk orang kampung...hehehe
Yang ini pun untuk orang kampung jugak...
Cuti kali ini memang plan dari awal untuk 2 hari 1 malam aje, tak nak berlama-lama. Sekadar nak melepas batuk ditangga atau singgah minta api kata orang tua2. Berdesup balik dari kampung melawat mak yang dimasukkan ke hospital sebab demam panas. Hanya singgah untuk mengambil baju mana yang patut dan terus ke airport. Sebenarnya dah plan kalau keadaan tidak mengizikan, kami nak batalkan saja. Namun mak dan ayah tanpa ragu-ragu menyuruh kami teruskan hajat.
"Takde apa-apa, mak demam aje, lagipun ada kak cik (adik) boleh teman mak di hospital, nanti ada apa-apa diorang call....Pergilah sayang kalau tak pergi, semua dah bayar". Gulp...pergi jugak dengan rasa berat hati.
Sampai airport Langkawi aje mata dah terarah ke booth ini, sabar-sabar yek banyak lagi dekat luar sana.
Tempat mula-mula kami tuju adalah tempat penginapan di Kuala Melaka. Check-in hotel dan letak barang-barang dulu kemudian baru kuar berjalan-jalan dan cari makan.
Semasa kapal hendak mendarat petang itu, sempat melihat deretan gerai di tepi pantai di hujung landasan. Urusan kereta sewa dan bilik yang menyebabkan kami terlewat keluar menyebabkan hari dah hampir gelap. Gerai-gerai semua dah tutup, hajat hati nak mencari laksa atau bihun sup utara tak kesampaian.
Kami merayau sekitar Pantai Cenang hingga ke Pantai Tengah pada malam itu. Sekadar mengambil angin di pantai, window shopping dan mencari gerai untuk makan malam. Akhirnya kami memilih untuk menjamu selera di Telaga Seafood, en.Abe pilih Nasi Goreng Cina then i pilih Chicken Chop, memang citarasa tak sama.
Suasana di kawasan Pantai Cenang kini, begitu happening. Jauh berbeza dengan lawatan kami tahun-tahun yang lepas terutama tahun 90-an dan awal 20-an yang masih ada suasana kampung dan sawah padi. Happening tak kira ketika berada di situ seolah-olah diri berada di tengah-tengah kemeriahan Phuket, Thailand di waktu malam. Cuma tak pasti apakah keadaan itu berlarutan hingga ke pagi.
Kedatangan kami kali ini bukan untuk bershopping pinggan mangkuk atau mandi manda seperti sebelum-sebelum ini. Namun begitu, sempat jugak I intai-intai harga, ternyata agak mahal berbanding dengan dulo2. Seakan harga dekat2 nak sama dengan harga di tanah besar. Sebenarnya kami ingin merasa pengalaman Island Hopping kerana tidak pernah merasainya sebelum ini. Kami hanya membeli coklat dan sedikit barangan sebagai buah tangan untuk adik beradik dan kawan-kawan..
Coklat untuk orang kampung...hehehe
Yang ini pun untuk orang kampung jugak...
Untuk diri sendiri hanya kenangan dan peluang berjalan-jalan sudah lebih dari mencukupi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment