Assalam...
Selepas menyelesaikan urusan bershopping dan berjalan-jalan di Pekan Kuah, kami singgah sebentar di Masjid ini. Sengaja Mulia sarankan agar en.Abe singgah sholat di sini dengan menceritakan mengenai kisah kami pernah singgah di sini suatu masa dahulu sekitar tahun 1998 atau 1999.
Ketika itu, masjid ini baru siap dibina dan kami berserta rombongan telah singgah beramai-ramai untuk bersholat. Menurut seorang sahabat kami yang pernah menetap di Langkawi, Masjid ini adalah yang pertama menggunakan penghawa dingin, namun sejauh mana kebenaran Mulia tak dapat nak pastikan.
Ruang wuduk dan bilik air wanita terletak di sebelah kanan masjid, manakala untuk lelaki di sebelah kiri.
Bismillahirahmanirahmanirahim.....
Masjid A'ishah,
Kampung Sungai Menghulu,
Mukim Kuah, Langkawi
Disempurnakan perasmiannya
oleh.....
Ruang sholat untuk wanita
Kawasan ruang sholat lelaki
Wassalam.
No comments:
Post a Comment