Assalam....
Ini cerita ketika cuti-cuti balik kampung CNY yang lalu. Mulia balik kampung mentua bersama kakak dan adik ipar. En.Abe tertinggal di rumah kerana tidak boleh cuti, biasalah staff chinese semua cuti, so yang malay semua kena ganti. Fair sangatlah tu, time raya kami, korang pulak yang tak boleh bercuti. Kesempatan balik kampung dipergunakan dengan mengikut mertua dan adik-beradik ke bekwa (istilah kenduri untuk orang pantai timur terutama Kelantan)
Rumah pertama kami pergi, bekwa bertunang anak pak long (sepupu ayah). Yang bertunang adalah bakal doktor gigi dengan pasangannya doktor pakar. Majlis nikah dan kahwin akan berlangsung pada bulan Mei akan datang.
Menu kenduri bekwa ini, menu traditional orang Pahang yang tersangat sedap - gulai tempoyak ikan patin. kami turut dijamu dengan kurma ayam, sayur kacang panjang goreng dengan hati, ikan masin, ulam dan sambal belacan.
Meriah pinggan nasi orang yang duduk disebelah Mulia.
Kalau rajin mengikut pergi bekwa ini boleh berkenal-kenalan dengan family sebelah in-law. Iyelah bukan senang nak jumpa-jumpa selalu, masing-masing sibuk, lagi pun ada yang memang tinggal jauh masa kenduri inilah baru dapat berjumpa.
Ini pakai tudung merah tu mak saudara en.Abe yang sangat sporting.
Yang ini pulak menuju ke rumah bekwa kedua. Pengantin perempuan adalah kawan sekolah pada kakak dan adik ipar. Kena jalan mendaki sikit sebab takut takde parking di tempat bekwa.
Nasib baik pengantin tak tukar baju lagi, dapatlah ambil gambar. Sebenarnya pengantin baru balik ambil gambar outdoor di ICT Jerantut.
Rezeki orang yang kemudian dapat bunga telur, tersangatlah suka. Sebab Mulia memang suka sangat dengan bunga telur...dasar orang lama. Apabila dapat yang itu lebih mencukupi berbanding yang lain, seakan bila dapat makan telur tu dapat aura yang sangat positif / lain berbanding dengan telur yang kita rebus sendiri (ini perasaan Mulia jelah, orang lain tak tahulah macam mana).
Namun kini, zaman telah berubah, orang bekwa sekarang dah mewah-mewah semua, tak kira yang tinggal di bandar atau di kampung. Mereka kini lebih suka memberikan beg doorgift berbanding bunga telur. Beg doorgift yang akan kita dapat memang akan dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan di dalamnya, makanan ringan, gula-gula, towel, potpourri dan sebagainya.
Rumah kenduri ketiga, kami sampai waktu dah lewat petang, hampir maghrib. Khemah dah kemas, pengantin pun dah tukar baju....yang tinggal hanya pelamin, so kami geng-geng kami hanya melaram atas pelamin ajelah. Di rumah ini, kami hanya menjamah sedikit makanan akibat terlalu kekenyangan di rumah bekwa sebelumnya..Sebenarnya ada 2 tempat bekwa lagi yang kami tak sempat nak pergi, hanya mertua dan adik yang pergi.
Satu lagi kalau musim bekwa masa balik kampung, kami tak perlu masak lauk, sebab banyak sangat lauk yang orang kampung akan hantar ke rumah atau dapat masa pergi bekwa. Yang paling best adalah gulai kawah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment