Wednesday 29 January 2014

Semangat Laskar Pelangi...

Assalam....
Laskar Pelangi, bukanlah novel baru dalam pasaran.  Cerita ini dah beberapa tahun dekat ke satu dekad, sudah diadaptasi ke filem dan jugak dipentaskan di lantai teater, kalau tak silap penyanyi terkenal Siti Nurhaliza berlakon sebagai bu Muslimah (Cikgu kepada Laskar Pelangi).  Tetralogi lengkap novel ini terdiri daripada 4 buku semuanya iaitu Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Mariamah Karpov.  

Novel yang memberi kesan sangat mendalam kepada minda dan semangat untuk menuntut ilmu pada zaman serba kekurangan.  Terasa ia mengimbas kembali zaman persekolahan kita dulu-dulu.  Bila membaca novel ini jiwa akan sentiasa terusik dengan lawak jenaka, kesedihan dan informasi yang padat.  Novel ini berada pada tahap dan kelas yang tersendiri sehingga ia telah di terbitkan di 20 buah negara termasuk Malaysia.  Garapan terhadap kisah dan peristiwa diadun secara santai  dan bersahaja namun penyampaian mesej serta pengajaran yang terlalu bernilai berbanding dengan kisah cinta yang terdapat dalam novel picisan arus perdana.  Tahniah kepada penulis Andrea Hirata yang dikurniakan ilham oleh Allah swt untuk menghasilkan karya yang begitu bermutu sekali.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment