Assalam..
Nampak sangat menyelerakan bukan?
Sejak ianya beroperasi, Mulia sentiasa jadi penumpang setianya dalam perjalanan pergi dan balik kampung. Almaklumlah nak naik bas atau keretapi takde yang sampai ke tempat Mulia tu. Untung jadi orang kampung dan orang ulu ini pergi pasar beli ikan naik kapal terbang je,.. kau ada???...tak ade kan??. Kapal terbang Merah telah menjadi pilihan utama selain kapal terbang Wau yang menjadi sangat istimewa sejak dahulu..
Sesuai dengan moto "Everyone Can Fly" memang telah ramai yang seakan mimpi mereka menjadi nyata, boleh terbang sana sini. Bawa kaum keluarga, mak ayah, tok nek, makcik pakcik, adik beradik sama ada melancong mauhupun melawat sesama keluarga. Kalau dulu mungkin makcik pakcik kat kampung hanya boleh merasa naik kapal terbang sekali seumur hidup bila ada peluang menunaikan fardu haji ke baitullah.
Ruang tempat duduk dan ruang penyimpanan bagasi di atas. Yang pasti setaip kali menaiki kapal terbang Merah, menumpang sentiasa penuh tidak mengira waktu.
Pihak pengurusan jugak sentiasa menambah baik perkhidmatan mereka dari semasa ke semasa. Jika dahulu, tempat duduk adalah bebas kini telah ditetapkan untuk mengelakkan penumpang berebut2 untuk mendapatkan tempat duduk.
Untuk persediaan awal, penumpang boleh menempah makanan ketika membeli tiket online. Beli secara online lebih murah sedikit berbanding membeli ketika dalam perjalanan. Namun apa yang selalu terjadi, ketika membeli tiket perasaan nak makan sesuatu tidak timbul, tetapi bila saja sudah di atas udara, selera pulak muncul walaupun perut baru diisi sebelum take off.
Nampak sangat menyelerakan bukan?
3sixty majalah yang mesti dibaca ketika berada dalam perut kapal terbang Merah.. Diterbitkan sebulan sekali dan sarat dengan info tentang destinasi-destinasi yang kapal terbang Merah jelajahi. Sebenarnya boleh tak penumpang bawa balik majalah ini?...sape boleh jawap...
Selain risalah menu, terdapat leaflet untuk mereka yang berminat untuk membeli cenderahati kapal terbang Merah dan barangan penjagaan diri. Shopping in the air.
Antara menu yang menarik, bila di udara harga itu dirasakan murah bagi mereka yang lapar.
Ini situasi biasa yang akan berlaku bila mana kapal terbang telah siap mendatar. Penumpang akan berebut-rebut untuk mengambil barangan mereka dan bersedia untuk keluar dari perut pesawat. Kadang-kadang terfikir jugak mengapa mereka begitu teruja hendak keluar? mungkin keterujaan itu adalah sama ketika mereka hendak terbang.
Kapal terbang Merah kini ada polisi yang tidak membenarkan sesiapa pun mengambil gambar dalam pesawat mahupun di kawasan lapangan terbang....Ops ini gambar curi ker?..minta halalkan ye. Sebenarnya ada banyak gambar2 lama dalam simpanan yang dikumpul semenjak belasan tahun sebagai menumpang kapal terbang Merah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment