Assalam...
Nasi Goreng Cina
Sumber: En. Abe
Bahan-bahan
1 mangkuk nasi (leraikan)
100 gm isi ayam - potong kiub
3 sudu mix vege
1 biji tomato potong (optional)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 biji telur pukul sedikit.
sedikit oyster sauce
garam secukupnya
serbuk perisa secukupnya
minyak masak
Cara Penyediaan.
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam, tumis sekejap hingga separuh masak. Masukkan bahan perasa, sos, mix vege dan telur.
3. Masukkan nasi dan gaul rata. Gorengkan nasi hingga agak kering dan angkat.
4. Hidang bersama sambal belacan dan keropok udang.
Wassalam.
Ini kisah en.Abe mengikut geng-geng masak dia ke kedai cookeries, maka terjumpalah kuali yang sekian lama dicarinya..kuali besi atau cast iron wok dan harga murah pulak tu. Nak masak cara orang lama katanya..berat oh kuali ini..mak-mak kita dulu-dulu memang guna yang kuali macam ini jer, sekarang dah macam-macam kuali ada dipasaran none stick, magic, yang jimat bahan api telah dicipta..yang bagus dan moden ketika ini....tapi layankan ajelah.
Punyalah semangat perwira berkobar-kobar nak beraksi di dapur. Balik-balik je, terus bakar kuali, goreng minyak kosong dan sental sehingga kilat.. (petua ini perlu dilakukan sebelum menggunakan kuali baru yang dibeli, bagi menghilangkan sebarang wax / varnish / cat yang terlekat di kuali). Selepas proses ini en.Abe dengan semangatnya menyediakan Nasi Goreng Cina. Kegemaran en.Abe sebenarnya benda-benda bergoreng ini, tak kiralah nasi goreng ke, bihun / mee / maggi goreng ke. Saya je yang suka sup dan rebus-rebus ini.
Nasi Goreng Cina
Sumber: En. Abe
Bahan-bahan
1 mangkuk nasi (leraikan)
100 gm isi ayam - potong kiub
3 sudu mix vege
1 biji tomato potong (optional)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 biji telur pukul sedikit.
sedikit oyster sauce
garam secukupnya
serbuk perisa secukupnya
minyak masak
Cara Penyediaan.
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam, tumis sekejap hingga separuh masak. Masukkan bahan perasa, sos, mix vege dan telur.
3. Masukkan nasi dan gaul rata. Gorengkan nasi hingga agak kering dan angkat.
4. Hidang bersama sambal belacan dan keropok udang.
Wassalam.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete