Saturday, 22 February 2014

Misi Turunkan Kolestrol Jahat...

Assalam..
Hari itu Mulia dah bercerita tentang masalah kesihatan yang semakin bersarang di dalam badan.  Inilah dia tahap kolesterol jahat (LDL) adalah tinggi berbanding paras normal untuk wanita iaitu <2.58mmol. Doktor pun tiada menyarankan untuk mengambil sebarang ubat-ubatan untuk mengawal paras kolesterol itu.  Cuma dicadangkan adalah buat exercise dan kawal pemakanan.

Saya yang pencinta makanan ini memang payah untuk mengawal nafsu serakah itu.  Sukanya pada benda yang manis-manis terutama dessert semua suka kek, roti, pudding, kuih-muih semua bedal.  Bukan makan berpantang, tapi pantang jumpa semua sedap pandangan mata.
Harapnye 2 tong oat tu boleh habis sebelum expired...fahamkan apa maksudnya dan bila dimakan secara berterusan dapat hasil yang diharapkan.  En. Abe membebel 
"jangan beli disebabkan terpengaruh dek iklan ataupun menang membeli saja, tetapi amalkan makan oat secara berterusan". 
"In sha Allah paras kolesterol itu boleh kembali ke tahap normal, saya sayang awak tau".  
Ayat-ayat penutup tu yang tak boleh tahan tu, bersemangat..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment