Saturday 22 February 2014

Tahlil Untuk Arwah Sahabat Kami...

Assalam....
Salamat bersiaran kembali setelah cuti beberapa hari ini..Cuti-cuti yang menyeronokkan, meresahkan dan meletihkan semua ada..nanti kita cerita.  Ini kisah beberapa minggu yang lepas, pihak syarikat dengan murah hati telah mengadakan majlis Tahlil untuk arwah sahabat kami yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 2 tahun yang lepas.  
Majlis Tahlil telah diadakan di Masjid Aminah Al-Muhairi, Taman Bahagia Petaling Jaya dengan bantuan daripada ahli-ahli kariah masjid.

Majlis Tahlil diadakan selepas solat isyak, sebelum itu diadakan kelas pembelajaran bacaan bertajwid dan tafsir oleh imam yang bertugas malam itu.  Kelas pengajian al-quran dan ceramah merupakan aktiviti tetap yang diadakan pada setiap malam selepas sholat maghrib. 
Terima kasih kepada semua ahli kariah Masjid Aminah Al-Muhairi atas segala jasa baik anda semua yang telah melancarkan majlis pada malam itu.  Hanya Allah yang dapat menbalas jasa baik kalian.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment