Cuaca yang begitu panas membahang beberapa minggu di Lembah Klang ini, menyebabkan badan sentiasa melekit dan rimas terutama mereka yang bekerja di persekitaran terbuka dan tiada disediakan pendingin udara. Seakan hendak berendam di dalam kolam sentiasa. Petang Isnin selepas waktu kerja, kami secara berjemaah telah menyerbu kolam renang awam di Selayang. Plan asal nak pergi ke kolam renang yang terletak di PJ, namun terpaksa menukar lokasi disebabkan beberapa hal. Berenang ini sebenarnya baik dan salah satu sukan sunnah yang digalakkan oleh Rasullullah S.A.W.
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap
sesuatu yang bukan zikrullah bererti permainan dan kelalaian, kecuali
empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk
memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang
dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Kelabihan sukan berenang adalah semasa berenang, mental, fizikal, segala
otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang
berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan. Berenang jugak merangsang stamina (sistem kardiovaskular).
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Berenang aktiviti yang boleh dilakukan bersama semua ahli keluarga tua atau muda. Mereka yang tiada kemudahan kolam renang di tempat tinggal, bolehlah berkunjung ke kolam renang awam di majlis perbandaran terdekat sperti kami. Kadar bayaran serendah RM3.00 untuk dewasa, berenang sepuas hati anda.
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment