Wednesday, 26 February 2014

Mengintai Di Balik Awan....

Assalam...
Banyak cerita menarik untuk dikongsi tetapi tiada peluang untuk berceloteh panjang.  Sebagai pengubat rindu kita intai dunia sebalik awan.  Di ruang udara melepasi 30,000 kaki dari atas daratan dalam perjalan ke suatu destinasi minggu lepas.

Nampak tompokan awan seakan sekata bentuknya, mungkin akibat pengaruh iklim dan cuaca panas di merata tempat yang dialami oleh daratan.  Di ruang atas ini juga  seakan tenang, langit biru dan cerah walaupun ketika ini sudah lewat petang.

Aku mencari kelibat bentuk-bentuk yang pernah aku lihat sebelum ini.  Bentuk-bentuk seperti beruang, kucing, orang dan sebagainya...namun tiada.

Pada pandangan mata kasar dan logik akal manusia, ruang ini memang tidak berpenghuni.  Siapakah yang mampu untuk tinggal di sini?, mungkin ia mahluk yang istimewa atau memang ada, tetapi ada hijab yang menyebabkan manusia tidak mampu untuk melihat, tiada yang mustahil dengan kuasa Allah benda yang tidak terjangkau dek akal manusia boleh terjadi....

Ketika fikiran kanak-kanak menjelmakan diri, seakan tercari-cari mana dia sang dewa cinta yang duduk menjuntai kaki di awan biru.  Sang dewa yang memegang busur dan anak panah cinta.  Panahlah aku dengan dengan cintamu....gulp....

Bila keadaan seperti ini, maka jangkaan penerbangan akan berjalan lancar.  Tiada hentakan atau kegusaran dihati akibat gegaran pesawat akan terlanggar awan. Semua penumpang boleh menikmati masa-masa istimewa mereka sepanjang perjalanan.

Kerana kurnia ketenangan ini jugaklah aku boleh merakamkan keindahanya.  Ruang alam di balik awan ciptaan Yang Maha Kuasa.

Mungkin dikembara akan datang tidak dipertemukan dengan perjalanan seperti ini.  Tetapi aku tidak akan berhenti berharap semoga setiap kembaraku akan dipermudahkan oleNya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment