Monday, 10 February 2014

Yee Sang dengan Sambutan Tahun Baru Cina..

Assalam...
Yee Sang salah satu hidangan wajib pada sambutan Tahun Baru Cina.  Hidangan seakan salad hasil campuran pelbagai jenis sayur-sayuran yang dihasilkan melalui cetusan idea untuk mengelakkan pembaziran terhadap lebihan makanan ketika perayaan Tahun Baru Cina.  Hidangan unik ini dipercayai membawa kemakmuran, kemewahan dan tuah dalam masyarakat tersebut.  Dipercayai telah dibawah masuk ke Tanah Melayu oleh imigran yang mendiami kawasan pantai selatan Benua China yang datang beramai-ramai pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.


Antara kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam sepinggan Yee Sang.
1. Keropok keladi (red / green yam slice)
2. Lobak putih parut
3. Lobak merah parut
4. Jeruk batang bawang (pickled leek)
5. Jeruk timun cina
6. Jeruk halia (merah & putih)
7. Jeruk betik
8. Keropok
9. Jelly fish (jeruk obor-obor)
10. Sebuk lada putih
11. Serbuk rempah (five spice powder)
12. Sos Plum
13. Bijan goreng
14. Kacang tanah tumbuk
15. Limau bali
16. Smoked salmon slice.


Tuangkan ke semua jenis sos ke atas bahan-bahan yee sang.

Semua dah sedia dengan chopstick masing-masing untuk "Lo He" acara melambung yee sang.  Acara ini menjadi popular pada masyarakat Cina malaysia dan Singapura.

Acara melambung yee sang dimulai dengan semua saudara-mara berkumpul dan mengelilingi meja lalu melambung cebisan ramuan ke udaran dengan penyepit apabila disuruh.  Sambil melambung mereka akan melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.


Secara harafiahnya, maksud Yee sang adalah salad ikan mentah (khususnya ikan salmon) bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka jenis sos dan perasa.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment