Assalam....
Kesihatan kaki sangat penting sebagaimana fungsi kaki yang menjadi tunjang utama yang mengerakkan badan seseorang terutama untuk berjalan dan berlari. Walau muka secantik model terkenal, kalau tiada kaki atau tidak kuat menyokong beban badan, hilang atau kurang terasa nikmat hidup ini. Nikmat memiliki sepasang kaki begitu tinggi nilainya, oleh itu kasut atau selipar yang digunakan perlu sesuai untuk memberi kelangsungan kepada kesihatan kaki kita..
Cuba perhatikan point-point yang terdapat dalam gambar dibawah. Pernah tak anda ketika berjalan-jalan, tiba-tiba tapak kaki anda berasa sakit di tempat-tempat tertentu. Point-point yang ditandakan dalam rajah adalah mewakili kedudukan point anggota penting dalam badan kita.
Ape benda yang dikatakan sebagai Arch Support tu?
.. Provides optimum comfort for flat feet, weak or fallen longitudinal arches. Relieve your feet or stress and strain for more comfort...(memberi keselesaan optimun untuk kaki rata, lemah dan ketika terjatuh secara tergelonsor. Melegakan kaki dari tekanan dan ketegangan untuk lebih selesa).
Dulu ketika zaman2 jahil, suka juga membeli dan memakai kasut yang kelihatan cantik, tinggi, seksi tetapi tanpa disedari menyiksa kaki dan tubuh badan. Konon dengan alasan untuk bergaya, stylo-melow bagai. Mujur tersedar sebelum terlambat. Kalau anda sayangi diri anda, buatlah langkah seperti saya, hindari memakai kasut yang menyiksa diri hanya kerana nak cantik. Carilah yang selesa untuk anda bergerak dan bersesuaian dengan budget anda...
Wassalam.
No comments:
Post a Comment