Assalam...
Sambung lagi cerita constantinople yang tertinggal. Berjalan kaki dari restoran tempat kami berehat, tidak lah jauh sangat tak sempat berpeluh pun sebab cuaca sejukkan. Ini adalah pintu utama untuk memasukki perkarangan Masjid Jami' Sultan Ahmet atau lebih dikenali sebagai nama Masjid Biru (Blue Mosque). Saya teringat cerita ustad beberapa hari lepas, cerita tentang ukiran gerbang masjid dengan simbolik sarang lebah yang turut di guna pakai oleh masjid-masjid utama di dunia.
Plaque masjid jamek Sultan Ahmed 1 (Blue Mosque). Nama masjid biru itu mendapat nama sempena dominasi penggunaan warna biru pada zaman dahulu yang mana turut menggunakan jubin marmar buatan tangan berwarna biru sebanyak 20,000 keping. Menara masjid yang terdiri daripada 6 menara ekoran kesilapan mendengar titah sultan altin minareler (menara emas) ke alti minareler (enam menara).
Tempat geng cik Kiah berkumpul sementara menunggu yang lain datang. Ketika kami sampai masjid ini sedang elok azan sohor, so mana yang boleh sholat mereka pergi dulu berjemaah kat dalam tu, yang lain tunggu kat luar nanti tour guide bawa masuk ramai-ramai. Rasa macam lambat jer nak kena menunggu saya pergi dulu riki-riki jalan nak masuk.
Dari pintu utama masuk dewan sholat memang tak boleh masuk, ramai jemaah tengah bersholat. Ada notis ya waktu buka dan tutup.
Ruang legar di dalam kawasan masjid. Ramai pelancong yang menunggu untuk masuk melawat, yang tak best tu siap ada yang bawa haiwan peliharaan (anjing) mereka sampai ke kawasan ini.
Sudah puas berlegar-legar di kawasan tengah ini tapi masih tak jumpa jalan masuk. Jasmin, kita minta stay dekat pintu, dah pesan kalau acik lambat balik pergi kumpul dengan geng lain yang tunggu kat tempat tadi. Acik nak cari jalan untuk pelawat masuk ke dalam masjid, sambil mencari terjumpa pula mak Jasmin yang baru selesai sholat di kawasan beranda, dia pun sedang mencari jalan nak masuk ke ruang utama masjid.
Akhirnya kami jumpa signboard tempat untuk masuk, laluan untuk pelawat berada di tepi masjid. Kami berlari-lari ke arah sana dan nampak barisan orang beratur tak panjang lagi, ialah baru buka kan lagi pun rasanya ramai yang tak perasan laluan ini sebab ramai bertumpu kat ruang tengah tadi.
Laluan untuk masuk, walaupun nampak ramai orang tetapi sekejap saja sudah dapat masuk ke dalam. Ada panduan atau dress code yang kena dipatuhi untuk memasuki ruang masjid.
Antara pintu kayu asal masjid yang masih digunakan. Penuh dengan ukiran corak tumbuhan dan ayat suci al-quran.
Karpet merah dalam masjid, mestilah suka sebab dapat jejak kaki ke sini. Nak kata gembira dia umpama jumpa karpet hijau ketika memasuki masjid Nabawi di Madinah, itu lain.
Sholat zohor baru selesai ketika itu, walaupun masih ramai jemaah di kawasan dewan sholat utama, mungkin sambung sholat sunat. Pelancong yang baru masuk juga ambil peluang yang sama untuk bersholat.
Lakaran pada setiap kubah masjid adalah tidak sama. Kubah utama diapit antara kubah-kubah kecil yang dilengkapi dengan tetingkap kaca dan kesemua jubin yang menghiasi adalah jubin buatan tangan.
Rantai panjang yang tergantung daripada kubah utama adalah tempat tergantungnya candilier yang diletakkan telur burung unta sebagai kaedah untuk menghalang terbentuknya sarang labah-labah.
Corak pada kubah utama, jenuh saya mendongak dan berhati-hati agar tidak terlanggar pengunjung yang lain atau memasuki ruang sholat lelaki.
Kaligrafi dan jenis kemasan pada salah satu tiang masjid biru.
Masjid Biru ini dibangun dengan tujuan
untuk menandingi Hagia Sophia (Gereja Byzantium) yang dibangun pada masa
Kaisar Byzantyium, yaitu Contantine I dimana letak gereja tersebut
berhadapan dengan masjid biru. Pada mulanya, atap dari masjid Turki
berbentuk rata dan belum memiliki kubah yang megah seperti saat ini
namun seiring dengan berdirinya gereja Hagia Sophia yang tinggi dan
gagah, dibuatlah kubah besar untuk menandingi kegagahan dari gereja
tersebut. Gaya arsitektur Turki Utsmani dipilih
sebagai arsitektur utama pada masjid ini, umumnya masjid di Turki
cenderung mengunakan dua gaya arsitektur yaitu arsitektur Saljuq dan
Turki Utsmani.
Taman bunga yang terjaga di kompleks masjid di mana dapat memanjakan mata setiap yang berkunjung dan beribadah di masjid yang bersejarah ini.
Berehat sebentar di taman antara Masjid Biru dan Hagia Sophia sambil makan roti simit. Boleh tahan ramai orang tapi ada jer tempat duduk.
Di belakang adalah Masjid Sultan Ahmet manakala di hadapan pandangan tertuju ke Hagia Sophia. Mampu pandang saja Hagia Sophia tu sebab kami tak sempat nak masuk melawat. In sha Allah ada rezeki boleh datang lagi.
Moga Allah bagi rezeki boleh datang jalan-jalan ke sini lagi, banyak lagi benda menarik di bumi Turki terutamanya tinggalan sejarah Islam .
Wassalam.
Masya Allah, cantik sungguh senibina masjid di Turki..
ReplyDeleteSungguh indah dan redup mata memandang.
LZ tumpang hayati gambar dalam entry ini pun rasa teruja apatah lagi bila dapat tengok sendiri depan mata..
subhanallahh...cantiknyaa interior masjid ni...ada jumpa banyak kucing tak kat sana? hihihi
ReplyDeleteCantiknya... speechlesss sgt tgk through gmbr, kalo depan mata lagi.. Ya Allah confirm rasa xmau baliikk
ReplyDelete