Assalamm.....
Kalau tak berkunjung ke ladang teh tak sah kan jika dah sampai Cameron Highland. Kedua-dua ekses ke Cameron sama ada melalui jalan Tapah atau Simpang Pulai akan jumpa dengan ladang teh Cameron Valley. Selalu pengunjung akan singgah sini untuk pose-pose di ladang teh, minum atau membeli tea keluaran ladang ini. Jika terlepas untuk shopping, jangan susah hati sebab kat kedai dan pasar sayur masih boleh beli produk teh, tapi jika nak rasa suasana menghirup secangkir teh dan makan scone tu kena lah singgah.
Zoom sikit, masih ramai pekerja yang menjalankan tugas mengutip daun teh di bahagian bawah lembah ladang Bharat Tea. Pengunjung jika larat nak berjalan sampai ke sana boleh saja, tapi tidak lah bagi saya. Cukup posing di pokok teh tepi-tepi ladang saja.
Feeling macam orang putih kejap menikmati scone bersama jem dan clotted cream sambil minum teh. Kalau saya secawan tak cukup, order by teko terus, lagi pun nikmat minum teh panas di tempat sejuk begini sangatlah best.
Ini di restoran dan plantar pemandangan ladang teh di Sungai Palas kepunyaan Boh Tea. Sentiasa penuh tempat ini walaupun waktu operasi restoran tu setakat jam 5 petang sahaja, nak feeling ombak rindu kot.
Nak sampai ke atas kena berjalan dan mendaki anak tangga sedikit sebab pelawat dinasihatkan parkir kereta di kawasan lapang dekat sekolah tamil di bawah tu. Kawasan atas sangat terbatas tempat letak keretanya dan memang ditutup ketika waktu puncak.
Kawasan parkir di bahagian bawah, kawasan sekolah rendah Tamil. Dari sini pun dah cantik pemandangan ladang teh menghijau, untung anak-anak pekerja ladang ini dapat menghirup udara segar dengan pemandangan hijau yang saujana mata memandang.
Macam hamparan permaidani hijau, tapi secara praktikalnya nak menyusuri batas pokok-pokok teh tu bukan sesuatu kerja yang mudah. Pekerja ladang berkorban untuk memetik daun teh demi kelangsungan kita menikmati secawan teh.
Pucuk muda.
Perjalanan untuk sampai ke ladang teh Sungai Palas, agak mencabar sebab jalan sempit dan berliku. Hanya kenderaan kecil yang boleh sampai, jadi jika berkunjung dalam kumpulan yang besar dan naik bas persiaran, memang bas tak boleh masuk ke sini. Sebab jalan yang payah tu lah, jika dapat sampai sekali tu cukuplah. Ini memang cari nahaslah kan, sebab nak repeat lagi keesokkan harinya semata-mata nak dapatkan sepotong kek yang kemarin petang miss sebab kedai dah tutup.
Nasi lemak cheese cake, kerana mu sanggup kena bebel dari CH balik ke KL. Bernanah telinga dengar orang membebel sepanjang jalan.
Pucuk daun tea Cameron di ladang Sungai Palas kepunyaan Boh Tea.
Perjalanan balik bagi hint kat driver jika boleh singgah di ladang teh Cameron Valley sebelah Kuala Terla boleh minum teh markisa. Tapi orang tu buat donno jer, tak apalah asalkan dah dapat benda yang di idamkan. Dapat ke ladang teh Sungai Palas 2 kali tu yang mahal.
Wasalam.
Kalau ke CH, tak sah kalau tak singgah ladang teh
ReplyDeleteKlu dah lama2 tak kesini wajib singgah ladang teh.. Klu dah selalu pegi memang tak masuk dlm listing. Penat nak dpt masuk sini pun.hehe
ReplyDelete