Tuesday, 27 August 2019

Istanbul AKu Singgah: Transit Ataturk Havalmani Airport

Assalam....
Di lapangan terbang Atarturk Havalmani sepatutnya kami hanya transit sekejap lebih kurang 4 jam untuk connecting flight seterunya ke Madinah jam 8 pagi waktu tempatan dan kami memang tak keluar daripada kawasan perlepasan sebab hanya kena tukar dari balai ketibaan ke balai perlepasan saja.  Tapi masalah apa ntah ketua kami cakap flight delay sampai tengah hari, lebih kurang dekat jam 1 petang waktu turki baru kita dapat terbang.  Sebab delay lebih dari yang sepatutnya kata puan ketua, dia akan cuba dapatkan kami token untuk lunch di sini.  Ramai orang pelbagai ragam, dugaan travel macam tulah sama ada nak menunggu dengan sambung rehat atau melanguk dalam surau, baik kita explore kawasan dalam perlepasan.

Waktu subuh sepie masa kami sampai tu, tak tahu nak pergi mana.  Berenti sekejap tunggu semua ahli group sampai, biar ketua tentukan kita nak menunggu di mana sebab di sini kami hanya transit sekejap.  Tapi biasalah kalau berjalan ramai-ramai ini macam-macam ragam, ada yang nak ke toilet lah, yang nak cepat-cepat cari surau lah, yang berjalan menonong dah sampai ke imegresen nak keluar pun ada.  Sian juga tengok ketua kami tu nak urus ragam orang-orang tua ni.


Selepas membereskan yang patut di surau tadi, saya ajak en.Abe jalan-jalan ke dalam sini.  Jangan lepaskan peluang dengan sambung tidur sebab walaupun masa perjalanan balik nanti akan singgah tapi kesempatan itu tak akan sama dengan hari ini.  Lagipun masa tu kami tak berkenal-kenalan lebih mesra lagi dengan ahli group yang lain.


Kawasan pemeriksaan penumpang dan bagasi bawaan mereka, kami tak sampai ke proses ini pagi itu.  Ini antara penumpang yang akan berlepas juga, nampak ketat pemeriksaan di sini.


Melepasi pemeriksaan, sudah terpampang jadual penerbangan di skrin.  Masa ini jadual penerbangan kami belum ada dalam senarai.


Puan ketua bagi token untuk kami makan, tak ingat berapa nilai token tu tapi lepaslah nak makan set fast food kat airport tu.  Token tu boleh guna kat semua fast food kiosk yang ada, tapi rasanya ramai antara kami memilih untuk makan Popeyes ni.  Agaknya sebab masing-masing nak cuba sebab takde kat Malaysia kan, makanya burger king, mcd semua tak pandang.


Selesai makan popeyes, dengan tidak semena-mena jadi semakin bertenaga untuk sambung jalan-jalan lagi.  Nasib tenaga tu tak segagah popeye the sailorman, kang ada pula nanti yang pergi angkut kapal terbang yang tengah parking di landasan.  Cukuplah heret kaki masuk dari atu kedai ke satu kedai.


Baklava, signature dessert bagi turki.  Nampak sedap tapi takde perasaan pun nak beli masa tu.


Benda yang orang macam saya suka, memang tertarik tapi tak beli pun, jeling-jeling dan sentuh cukup.


Lepas tu kita berjalan ke kedai duty free yang jual barangan berjenama, lagi lah mampu pandang saja.  Di sini saya jumpa perempuan turki rasanya dari golongan have-have kot berdasarkan jenis dan style pemakain turban di kepala.  Cantik sangat mereka ini, saya curi-curi pandang tak berani nak ambik gambar.

Di airport kita boleh shopping menggunakan mata wang lira turki atau euro.  Murah saja minyak wangi tu, brand sama yang macam di jual di negara kita ratusan RM.


Masa makan tadi puan ketua dah edarkan kepada semua dengan boarding pass yang baru.  Jadi walaupun berjalan sampai mana dalam tu, dapat lah panduan gate dan waktu perlepasan.  Dekat-dekat nak berlepas baru kami pergi ke gate yang ditentukan.  Sambil menunggu dapat lah tengok kapal terbang yang selama ini tak pernah tengok, memang jakun lah kan.  Artaturk airport ini antara yang tersibuk di dunia mengendalikan penerbangan antara benua terutamanya eropah dan asia, boleh saksikan pergerakan kapal berlepas dan mendarat setiap masa.


Sebelum tu tukar sikit duit in chase teringin nak beli makanan di airport, sebab langsung takde lira dalam tangan masa tu.  Sebelum berangkat cuba nak tukar di KL, tapi macam susah jer nak dapt sebab tak semua money changer ada duit lira ini, mereka nasihatkan tukar RM ke US Dollar dan sampai sana baru tukar, tapi saya tak buat pun, bawa jelah RM tu dengan harapan sampai Turki atau haramaein nanti baru tukar.  Ni rate masa RM tengah turun, tukar di airport tu macam mahal banding masa saya tukar di harmaein.


Waktu yang dijanjikan sudah sampai, ramai penumpang adalah orang turki yang juga akan ke haramaein.  Jom kita ramai-ramai panjat tangga kapal terbang.  Masa ini ada pula inseden seorang daripada ahli group tak tau berlegar-legar sampai kemana, boleh tak ikut masuk gate perlepasan, terpaksalah seorang kena cari dia sampai dapat. 


Masa dalam bangunan terminal tadi rasa selesa sangat, bila dah keluar menggeletar walaupun masa tu dah tengah hari.  Brother nie tahan sejuk dengan baju teluk belanga dia.


Selamat jalan bumi turki, dua minggu lagi kami akan  kembali ke sini jika hayat masih dikandung badan. In sha Allah.
Wassalam.

1 comment: