Assalamm...
Sebelum MCO, sudah pergi ke tapak mencari pau puchong ini tetapi langkah kiri agaknya hari tu, jumpa tapak jualan jer, pakcik yang jual pau tak jumpa. Agaknya off day dari berjualan atau belum start atau pau dah habis, sebab orang kata viral dan ramai yang beratur menunggu pau masak dari steamer. Lepas daripada tu memang dah terlupa lah pasal pau ini. Sampai waktu PM umum benarkan semula penduduk keluar beraktiviti dengan bersyarat dan peniaga kecil macam pakcik pau ini dah boleh berniaga semula, en.Abe pun sibuk juga pergi hantar pisau melapah dia ke sana ke mari. Tup-tup dia bawa balik pau gemuk-gemuk yang besar dan banyak, masyaAllah jenuh lah nak perabih kan.
Rupanya hasrat nak makan Pau Puchong tu tersimpan kemas di dalam sanubarinya, kebetulan hari tu ada orang puchong nak pisau, masa tulah dia pergi meriki-riki jika pakcik pau berjualan hari itu. Alhamdulillah, ada rezeki dia beli setiap jenis pau yang pakcik tu jual, dan kita yang memang muka dah macam pau ini usaha lah makan pau-pau itu hingga habis. Tapi ok juga masa tu sebab mertua dan adik ipar ada, jadi kita hasut mereka juga makan pau berjemaah.
Ini rasa kari, tak silap pau kari ayam tapi ada telur puyuh dalam tu. Makan sebiji kenyang sampai ke petang sebab saiznya yang besar.
Alhamdulillah satu persatu hasrat dan keinginan terpenuhi. Taubat dah dan janji lepas ini tak mau menyusahkan lagi, kena jaga lidah dan lisan jangan suka-suka cakap nak itu nak ini. Ingat taubat tu jangan taubat sambal belacan, hilang bau mencari lagi.
Wassalam.
SEDAPNYA PAU FEVERET JUGA NI
ReplyDeletewak pon selalu gak beli pau puchong nih.. hari jumaat mmg kanna beratur.. kesian pakcik makcik yg jual tuhh.. harganye mmg murah giler.. rm1.20 - rm2 je satu
ReplyDeleteuish menggoda betul..
ReplyDeletesalam kenal..follow sini #148
nampak gebus gebas... inti pun banyak
ReplyDeleteWak suka yang inti kaya
ReplyDeleteada kakak 1 tmpt keja tu selalu bagi pau. besar2 & pelbagai rasa. coklat, kacang hitam, kacang tanah, pandan 😍😍😍
ReplyDelete