Wednesday, 7 August 2019

Lao Mandre: Coto Makassar, Airport Sultan Hasanuddin Makassar

Assalam...
Hari tu saya janji nak cerita pasal coto yang saya suka makan di salah satu kedai di Bandara (Airport) Sultan Hasanuddin Makassar kan, Anugerah Ayu Mandiri nama kedai tu.  Kak Mala hari tu ada tanya coto dengan soto sama ker?  lain walaupun dalam kategori makanan berkuah.  Kuah soto dibuat daripada rebusan tulang ayam selalunya manakala coto daripada daging dan bahagian organ dalaman yang dicampur dengan kacang tanah tumbuk, rempah ketumbar dan jintan. Ada juga resepi yang mencampurkan dengan buah keloak pada kuah untuk memberi warna gelap dan bau yang lebih kuat.


Barang keperluan lain yang ada dijual di kedai ini.  Tetapi apabila semangkuk coto sudah terhidang di depan mata, benda lain sudah tidak menjadi fokus lagi.


Kedai coto ini, tak lah besar mana, hanya ada 2 baris tempat duduk.  Hujung tepi peti ais tu tempat febret kami duduk, bukan apa sebab senang nak bergerak keluar dengan barang penuh troli lagi.


Kondisi ketupat dia yang paling best, ngam dengan citarasa saya yang tak suka ketupat nasi yang terlalu keras.  Bau ketupatnya wangi pandan semulajadi, kerana kelongsong tu di buat daripada daun pandan besar (giant pandan, saya bagi nama). 


Semangkuk coto bersama geng-geng sekalian, nak rasa kenyang kena makan dengan ketupat sebab jika coto saja tak cukup you.  Mangkuk tu kecil jer, macam rice bowl yang orang cina selalu guna tu, bukan macam mangkuk laksa tau.  Charge tambahan dikenakan untuk ketupat, burasak, telur masin dan kacang tanah.


Terbaik sambal tumis bawangnya, ikut suka nak letak berapa banyak ikut selera nak pedas bagaimana.


Ini warna hijau, hijau telur asin, saya belajar daripada iklan cat dalam tv Indonesia untuk istilah hijau telur asin.


Licin mangkuk, tu pun dah minta tambah kuah coto tadi.  Jika saya benda wajib yang dimakan bersama dengan coto tu adalah ketupat daun pandan dan telur masin, perah sedikit jus limau nipis.  Alhamdulillah kenyang.  Telur masin tu bukan condimen wajib bagi coto sebenarnya, tetapi budaya kedai makan di sana selalu meletakkan telur rebus atau telur masin atas meja untuk dimakan bersama burasak, sup atau nasi. 

Lepas dah rasa sekali coto di sini, memang tak pergi cari kedai lain dah.  Banyak jer kedai lain yang jual coto mahu pun menu lain yang boleh dipilih tetapi saya nak makan di sini saja.  Macam dah menjadi kewajipan pula touch down jer pekena coto dulu baru keluar cari trasport atau sebelum take off, pekena semangkuk dulu pasti lena sampai destinasi selepas dah pasang tali pinggang keledar.
Wassalam.

2 comments:

  1. Wah baru tahu keeujudan coto ni. Masakan jawa kan systak pernah sampai indon lagi. Terima kasih untuk ilmu baru hehe

    ReplyDelete