Friday, 16 August 2019

Take a Break: Hiking Hutan Simpan Ayer Hitam

Assalam...
Sudah lama dengar orang datang sini hiking mencari blue lagoon.  Tapi blue lagoon yang dimaksudkan adalah kawasan larangan dan menjadi kesalahan apabila kita menceroboh sampai ke situ.  Kawasan hutan simpan ini merupakan kawasan kajian untuk UPM, jadi tidak semua tempat boleh kita terjah dengan sesuka hati untuk mengelakkan sebarang kerosakan.  Hutan Simpan Ayer Hitam ini terletak di Puchong berdekatan dengan kawasan perumahan wawasan.


Sampai agak lewat juga di sini pagi itu, sebab kena ambil adik di Putrajaya dulu.  Melihat pada deretan kereta yang parkir di tepi jalan dan sukarnya mencari tempat kosong menunjukkan kawasan ini  merupakan tumpuan orang ramai untuk beriadah.  Untunglah penduduk sekitar kawasan perumahan di sini sebab ada tempat dekat untuk hiking.


Trek mendaki kami bermula dengan mengambil laluan utama ke sebelah kiri, lebih landai dan lebih ramai orang kata orang  yang nasihatkan.  Jika mengikut laluan di sebelah kanan pula pendakian menegak, lebih curam dan akan lalu tepekong cina.  Di sini kurang sebarang petunjuk arah dan km, jadi hanya mengikut laluan denai yang sedia ada.  Sesekali ada terjumpa tanda berwarna merah dan kuning yang diletakkan di pokok.


Kawasan yang bercerun sedikit ada satu pokok besar yang menunggu masa untuk tumbang.


Terjumpa cik Yati kat sini, seorang pendaki tegar, hampir semua bukit dan gunung dalam Malaysia sudah didakinya.  Hiking di sini sekadar untuk aktiviti panaskan badan saja bagi dia. 


Adik dah pewai di pertengahan jalan, pening dan rasa nak muntah katanya.  Hilang seri tapi sempat bertahan untuk tamatkan satu pusingan.  Kalau saya cakap tu masuk angin lah tu sebab langsung tak makan apa-apa sebelum mulakan aktiviti tadi, istilah medic yang betul apa ya bila situasi begini menyerang?. 


Kawasan lapang yang ditandai sebagai puncak bukit wawasan.  Merupakan tempat berkumpul para pendaki melepaskan lelah sebelum meneruskan atau kembali ke pangkal jalan.  Masih kami sampai satu group besar masih berada di sini, dan mereka macam adakan makan-makan dan pelawa semua orang yang sampai puncak pagi itu.


Bagi mereka yang selalu buat latihan, ketinggian 233M apalah sangat tak sempat keluar peluh pun bagi mereka.  Tapi kita yang jarang-jarang ini, jalan sikit, daki sikit dah semput minta nyawa.


Rezeki dapat minum air lemon tea, top up sampai dua kali dari satu big group yang buat makan-makan di atas.  Bukan sekadar air yang dapat, donut dengan cucur cempedak pun ada, rezeki tak akan salah alamat kan. 

Hiking kali ini en.abe dapat kawan baru, salah seorang dalam big group tadi tu.  Brother tu bergerak sendiri sebenarnya, bukan ahli pun cuma join mereka melalui group whatsapp hiking dan kebetulan minggu depannya kami jumpa dia lagi di tempat lain. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment