Tuesday 1 February 2022

Assalamualaikum, Eh dah bulan ke-2 di tahun 2022



Assalamm,

Masih ada yang kenal dan ingat ker? setahun lebih tak buat posting dalam blog, last posting bulan Januari 2021, hari ini dah 1hb Februari 2022.  Bukan lupa, sentiasa ingat, jengah juga kadang walaupun password akaun bertukar sebab terlupa yang lama.  Nak kata kekangan waktu memang ada, tapi masa senggang tu tetap ada, nak kata tiada cerita banyak jer cuma tak terluah nak kongsi, berderet jer list dalam draf ni, tapi entah lah, banyak sangat tapinya.


Sepanjang menyepikan diri banyak cerita suka dan duka, walaupun kebanyakkan masa stay at home kan.  Cerita gembira dan suka tu mungkin sebab dapat berjumpa keluarga, dapat balik kampung, dapat kawan baru, ada aktiviti baru dan yang duka pula terpilih jadi pesakit covid, ditinggal pergi oleh ahli keluarga dan tak lupa kisah banjir yang melanda.  Nanti ada kesempatan kita cerita lah ya, muda-mudahan ada kekuatan buat entry selepas ini.


Tahun 2022, dilema juga, tapi tak mau jadikan hal itu sebagai beban fikiran sangat, serah pada Allah yang tentukan di mana pengakhiran yang terbaik bagi semua.  Istikarahkan semua hal pada Allah kerana Allah perancang dan penentu terbaik bagi mahluk. Semoga kawan-kawan yang lain bertambah sihat, ceria, produktif dan bahagia selalu, amiin.

*baru perasan, tahun ini adalah ulang tahun ke-10 blog ini.

Wassalam.

4 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan yang mendatang

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya baik-baik belaka... kita doakan begitu hendaknya :)

    ReplyDelete
  3. masih ingat. terkejut nampak nama blog ni di reading list. valid lagi kan nak ucap selamat tahun baru. hehe

    ReplyDelete