Sunday, 18 August 2019

Jalan-Jalan Cameron Highland: Pasar Malam

Assalam...
Pasar Malam Cameron Highland, menjadi salah satu tempat yang tempat wajib dikunjungi jika bermalam di Cameron Highland.  Walaupun bukan kaki shopping, sekadar melihat-lihat barangan jualan peniaga dan rasai sendiri pengalaman di pasar malam di pergunungan yang pastinya tidak sama dengan pasar malam di tempat anda.  Jika pasar malam biasa banyak menggerai menjual makanan bermasak, di sini lebih kepada produk tempatan Cameron Highland sendiri hasil dari pertanian.


Strawberry coklat, benda wajib ada dan jangan lepaskan peluang untuk dicuba.  Saya berminat dengan buah jambu batu jeruk warna hijau dan merah itu.


Sayur-sayuran yang sudah dipek dan boleh beli campur-campur mengikut pakej jualan contoh 5 paket untuk RM5.00 or RM10.00.  Kalau style makcik-makcik memang suka beli yang jenis ini, nanti boleh bagi-bagi pada jiran atau kawan-kawan.


Hasil daripada ladang teh dan buah-buahan, teh pelbagai perisa dan halwa buah-buahan kering.


Tak pasti buah kelapa laut ini hasil tempatan atau dari luar, tapi menarik minat untuk dicuba ekoran cara olahan yang mudah untuk dinikmati.

Produk daripada ladang bunga dan madu Cameron Highland.  Tak pandai nak syorkan jenis yang mana satu dan pastikan ketulenannya tapi ada pelbagai jenis yang dijual, madu tualang, bee polen, madu kelulut, madu debunga dan madu sarang lebah.  Alih-alih beli madu dari gerai orang asli tepi jalan semasa perjalanan balik.


Katanya menu harus dicuba bila sampai ke CH adalah nasi lemak sambal strawberry.  Ini pun beli kat pasar malam, tapi dah lupa harga berapa.  Nasi lemak tu tetap ada ikan bilis goreng dan bahan pelengkap yang lain cuma tang sambal tu yang ada kelainan sikit rasa masam-masam manis.


Keesokkan pagi datang food court Tanah Rata untuk sarapan nasi lemak biasa.  Walaupun biasa tapi rasanya bukan yang biase-biase ya.


Tengok carrot segar macam ini, rasa macam nak jadi rabbit jer.  Suka sangat pergi pasar CH tengok sayur, almaklum dewa pemakan sayur kan.  Kalau kena campak duduk CH memang boleh hidup lah boleh dapat sayur segar dan pemandangan hijau setiap hari.

Tapi Allah rezeki kan di tempat lain bukan di Cameron Highland, makanya gagal dari keputusan temuduga belasan tahun yang lalu.  Hikmahnya nak dihindarkan diri dari terjebak dengan keresabutan isu-isu di sini, redho dan simpan kemas-kemas dalam memori.
Wassalam.

1 comment:

  1. CH memang best.. Sayur2 segar kan. Dah lama tak kesini. Nti ada rezki pegi lagi nak borong sayur banyak2 especially cendawan.hehe

    ReplyDelete