Thursday, 22 August 2019

Take a Break: Hiking Gunung Angsi, Kuala Pilah

Assalam...
Perjalanan dari rumah sebaik selepas subuh lebih kurang 1 jam ke 1 jam 30 minit, nak cun kan masa sampai sana ketika pintu dibuka untuk mula mendaki.  Waktu pendakian dibuka pada jam 7.00 pagi, tetapi sebab terus ke Ulu Bendul konon-konon nak mendaftar di sana, tu yang start lewat sikit mula mendaki.  Kami bergerak naik hanya pada jam 8.15 pagi.


Mula-mula kami sampai di pejabat Hutan Rekreasi Ulu Bendul nak mendaftar untuk mendaki.  Dari soalan pegawai yang bertugas tu macam tak yakin jer kami boleh lalu laluan Ulu Bendul nie, walaupun ada seorang kakak tu cuba nak ajak kami ikut group mereka.  Pegawai tu sarankan kami mengikut laluan Bukit Putus sebab laluan Ulu Bendul tak ramai pendaki yang lalu, trail yang panjang dan signal phone tak ada jika berlaku sebarang kecemasan.


Dengan rasa sedar diri kami berlalu dari Ulu Bendul dan menuju pintu Bukit Putus, hilang terus kenyakinan diri nak mendaki.  Tapi kami pun tak mahu mengambil risiko lagi pun tiada seorang antara kami yang pernah datang ke sini.


Betul lah kata pegawai di Ulu Bendul tu, laluan Bukit Putus memang ramai pengunjung.  Ketika kami sampai ada beberap group besar yang bersedia untuk naik.  Bagi mereka berlepas dulu lah, satu kelemahan saya tak suka bergerak ramai-ramai, rasa macam bersaing di laluan dan jadi rimas.


Kita settledkan dulu pendaftaran dan bayaran sebelum mendaki.  Jika nak ke toilet, boleh lah selesaikan apa yang patut sebab perjalanan sampai puncak dan turun semula tiada toilet jika rasa nak membuang.  Kena lah bertahan beberapa jam.


Mula mendaki memang dah mencanak, naik beberapa tangga besi daripada pintu masuk sebelum sampai ke dalam hutan simpan.  Pegawai di Ulu Bendul tadi dah maklumkan yang laluan sini pada permulaan saja yang akan mencanak, bila dah naik, laluan mendatar berselang-seli bukit-bukau, berbanding dilaluan Ulu Bendul yang permulaan adalah mendatar tapi jarak yang jauh dan mencanak untuk sampai ke puncak.  Sangat mencabar jika mendaki waktu musim hujan di kawasan ini.


Hentian pertama yang kami singgah, ada bangsal dan beberapa peralatan masak di situ.  Tempat ini rasanya dalam jagaan satu group, sebab masa balik ada beberapa orang pencen yang sedang berehat-rehat sambil bersembang di situ.  Akan datang mesti lagi meriah port ini.


Pandangan daripada water fall point, tapi saya tak nampak ada sebarang air terjun di situ mahupun di kawasan bawah.  Hanya nama point tu saya ingat.


Dari point ini kiraan 18 minit ke puncak bersamaan perasaan 180 minit untuk saya.  Sudah banyak kali 18 minit berlalu tapi tak sampai-sampai lagi puncak itu, tali putih pun tak jumpa lagi.


Hanya pada lebih kurang jam 10 pagi kami sampai ke puncak, mengambil masa selama 2 jam 45 minit.  Masa yang dianggap normal untuk kami yang bergerak seperti kura-kura, yang muda remaja dan bertenaga boleh mendaki kurang daripada 2 jam untuk sampai ke puncak.


Di pertengahan jalan, kami berjumpa dengan member baru en.Abe yang kami jumpa minggu lepas di Hutan Simpan Ayer Hitam.  Rupanya dia tinggal di kawasan sini saja, siap tunjuk ke bawah kata dia rumah kat situ jer.  Cara dia mendaki tau yang Gunung Angsi ini sebagai tempat latihan dia macam naik turun tangga saja.  Sebelum berlalu meninggalkan kami dia siap ajak kami untuk sertai menyertai pendakian ke Gunung Datuk pula minggu depan.


Harum semerbak bau maggie mereka masak, menambahkan rasa lapar.  Main masak-masak diorang kat sini ye.  Kali ini tak jumpa pula group pemurah macam minggu lepas, tapi sebagai persediaan kami bawa kudapan dan bekalan air yang mencukupi.


Cendawan jenis apa, tak tahu.  Ini ker yang dinamakan cendawan susu harimau?.  Susu harimau jadi cendawan?.  Jumpa cendawan ini masa nak turun, sesungguhnya perjalanan menurun lebih mencabar daripada mendaki.  ensel lutut tu tiba-tiba rasa longgar nak tercabut, terpaksalah guna kaedah menggerengkan badan masa nak turun.  Tapi cerun curam, akar pokok berselirat dan tanah licin menjadikan langkah jadi perlahan bila ada masalah lutut ketar nie.  Kenalah berhati-hati, hilang pertimbangan mau tergolek nangka busuk nantinya.

Sampai kat bawa semula, nikmatnya dapat makan jelly kelapa, tiba-tiba cam hilang penat dan dahaga daki gunung tadi.  Beli kat gerai adik yang jual depan entrance.  Mula beli 4 cawan, ada orang tanya kenapa beli banyak sangat, nak makan puas-puas saya jawap.  Selamat 2 cawan untuk saya, yang tanya tadi try pun jadi suka, sudahnya tak cukup.  Pusing balik nak beli lagi, adik tu heran tanya kenapa kak, dia ingat kita ada tertinggal barang ker apa.  Nak beli jelly kelapa lagi, yang ada pun tinggal 3 cawan jer, bungkus lah semua.


Aktiviti dari jam 8 pagi hingga 1.30 petang, sebanyak ini step kami berjalan.  Cukuplah untuk hari ini, tak tahu nak sambung bila pula.  Lepas settled kami terus balik, cadang nak menyinggah dibatalkan sebelum kaki bertambah sakit.

Penangan Angsi dekat seminggu saya jalan tak betul, nasib lah tempat kerja hanya berada di tingkat satu.  Hasap nak naik dan turun tangga, takde sakit cari penyakit ceritanya.  Tapi takpe saya suka.
Wassalam.

1 comment:

  1. Seronok tengok pandangan, semoga sukses mendaki selalu.

    ReplyDelete