Assalam...
Ayok pergi makan coto gagak kak, coto paling sedap di Makassar katanya. Pak presiden Jokowi pun pernah datang makan di sini ketika berkunjung ke Makassar kata Fitri. Iya kah sedap? bagi saya coto yang paling sedap mengikut piawaian sendiri adalah coto yang dijual di salah satu cafe / kiosk di Bandara Sultan Hasanuddin yang terbaik (dalam hati jelah saya bermonolog). Tapi tak bantah pun kami akhirnya datang ke sini, tak salah mencuba kan lagi satu orang nak belanja, so on saja lah.
Pertanyaan pertama yang keluar adalah, coto tu daripada daging gagak ker? eh mana boleh makan. Fitri jelaskan nama saja coto gagak bukan buat dari gagak. Restoran mengambil nama sempena lokasinya yang berada di Jalan Gagak, Makassar. Di sini boleh pilih nak duduk dalam ruangan ada ac (aircond) atau open di kawasan dapur.
Saya perhatikan kebanyakkan pengerai di sini memang menghidangkan coto dalam mangkuk kecil. Kondimen lainnya memang telah diletakkan di setiap meja tinggal pelanggan pilih nak tambah apa ke dalam coto makassar.
Kelongsong ketupat dianyam menggunakan daun pandan besar memberi aroma wangi semulajadi kepada ketupat. Tidak menggunakan daun kelapa ya.
Tempat penyediaan coto, bahagian lembu yang telah direbus empuk, dihiris dan asingkan mengikut jenis. Memudahkan chef / waiter untuk menyediakan menu mengikut pesanan pelanggan nanti. Coto selalu tersedia sama ada coto daging atau ayam.
Dimasak menggunakan dapur kayu, menjadi keunikkan bagi coto gagak. Kaedah masak ini yang menjadikan rasa cotonya khas daripada yang coto di tempat lain.
Longgokan kayu api yang untuk memasak kuah coto.
Chef tak lupa nak intai, bagaimana rupa kuah coto makassar yang sedang di reneh di atas dapur kayu. Bagusnya mereka ini sporting saja bila kita minta nak ambil gambar, ya ayo di photo buk, silahkan.
Jika sampai ke kota daeng (Makassar), cuba coto makassar. Terdapat banyak resto, warung dan gerai yang menjual coto dan salah satu yang direkomendasi oleh orang tempatan adalah Coto Gagak ini. Nanti saya cerita warung coto kesukaan saya di Bandara (airport) Sultan Hassanuddin pula.
Wassalam.
Apakah coto sama dengan masakan soto.
ReplyDelete