Monday, 19 August 2019

Jalan-Jalan Cameron Highland: Teh Boh - Ummph

Assalam...
Sudah alang-alang sampai ke Sungai Palas repeat sampai 2 kali, jom lah kita lawat kilang pemprosessan daun-daun teh di sini.  Kilang teh Sungai Palas khas memproses daun-daun teh untuk teh jenama 'Boh'.  Suasana di sini sudah berbeza dengan belasan tahun dahulu, hanya ada satu cafe kecil di sebelah kilang sekiranya pelawat ingin menikmati teh dan kek. 




Jadual lawatan untuk masuk ke kilang teh, ada lawatan percuma setiap 30 minit.  Masa kami sampai tak sempat join dan rasa tak sanggup nak tunggu trip kemudiannya, jadi hanya perati dari dinding kaca kilang.


Jenuh mencari penerangan untuk peringkat pertama (1) tapi tak jumpa.  Sudah anggap saja peringkat pertama adalah proses memetik dan membawa daun teh dari ladang ke kilang.  Proses mengklas daun teh dilakukan secara manual sebaik sahaja daun teh telah dipetik sebelum ditimbang dan dimasukkan ke dalam guni untuk dihantar ke kilang.


Daun teh terbaik yang menjadi sasaran untuk dipetik adalah yang mempunyai dua daun muda dan satu pucuk dan untuk mendapatkan daun begini adalah tidak mudah.  Manakala waktu terbaik untuk memetik daun pula adalah pada waktu petang, malam atau awal pagi.


Di kilang ini proses penghasilan teh masih menggunakan kaedah tradisi yang telah digunapakai sejak 'Boh' wujud di Cameron Highland.


Serbuk teh yang telah digredkan, siap sedia untuk dipek mengikut lebel dalam pasaran.


Proses yang terjadi pada peringkat ke-4, proses pengeringan daun teh.


Mesin-mesin yang digunakan dalam proses menghasilkan serbuk teh di kilang 'Boh' Sungai Palas, Cameron Highland.


Satu lagi proses penting setelah daun teh telah siap diproses adalah proses uji rasa.  Proses ini dilakukan setiap jam sebelum serbuk teh dibungkus untuk menjamin kualiti teh yang dihasilkan.  Proses ini juga mempunyai teknik tertentu dan dilakukan secara manual.


Jenis peralatan yang digunapakai sejak dahulu dan masih ada yang berterusan hingga ke hari ini.  Peralatan ini merangkumi peralatan memetik daun teh di ladang hingga proses teh di kilang.


Sejarah Boh di Malaysia dan siapakah tonggak yang berdiri di belakang jenama antarabangsa ini.


Bilik pameran peralatan bersambung dengan kedai menjual produk teh jenama 'Boh'.


Tea shop di Sungai Palas.  Ada pelbagai gred teh yang dihasilkan oleh Boh selain jenama biasa yang terdapat dipasaran, antaranya adalah gred primium berkualiti tinggi di bawah lebel garden tea.  Terdapat 3 jenama dibawah garden tea iaitu Palas Supreme, Palas Afternoon dan Gunung Chantik.


Produk sampingan daripada daun teh turut menghasilkan barangan penjagaan diri.

Bagi yang tak sempat melawat kilang.  Boleh baca penerangan dan sejarah tentang ladang dan produk teh jenama 'Boh' ada disediakan di dinding sepanjang laluan daripada bilik pameran hingga ke restoran.


Harga minuman teh yang pelbagai rasa di restoran Sungai Palas. Sebelum secawan teh sampai kepada kita, begitu ramai tangan-tangan yang terlibat dan begitu rumit prosesnya.  Syukuri nikmati Allah bagi.

Ok done, tahu dah bagaimana proses nak hasilkan serbuk teh, sebagai seorang pencinta teh, haruslah saya ambil tahu serba sedikit.
Wassalam.

1 comment: