Assalam...
Pasar tamu di pekan Kota Belud memang sentiasa ada seperti biasa setiap hari ahad. Hari Tamu Besar adalah acara tahunan yang diadakan pada setiap penghujung bulan oktober (hujung minggu dapa bulan tersebut). Pada hari tersebut, pekan Kota Belud memang meriah macam berpesta, pasar tamu lebih meriah daripada biasa, lebih ramai peniaga, lebih banyak barang dagangan begitu juga dengan pengunjung terutama daripada luar daerah. Kunjungan kami pada hari itu, agak lewat dah dekat tengah hari, ada antara penggerai dah mula mengemas nak balik. Tempat jual haiwan ternakan hidup pun tak sempat kami pergi, melepas peluang nak beli kerbau atau kuda kawan kami cakap.
Kuih penyaram memang terkenal di daerah ini, sekarang kuih penyaram boleh didapati dengan pelbagai perisa keladi, pandan, coklat, susu tetapi saya suka perisa yang original. Saiz pula comel-comel mereka buat.
Selain gerai jualan, terdapat juga gerai untuk pameran khas kepada pengunjung yang datang dari luar kawasan mengenali lebih dekat tentang budaya masyarakat suku kaum bajau di Kota Belud. Cerminan budaya ada pada makanan, kraftangan, busana, peralatan tradisi dan pelbagai lagi.
Panorama begini sudah biasa di pasar tamu Kota Belud, ramai peniaga yang menggoreng kuih penyeram on the spot untuk pelanggan.
Unik ikan masin suku kaum Bajau, di Kota Belud ini. Ikan masin yang telah disapu cili kisar, terliur juga tengok tu klau dapat mau bertambah-tambah makan nasi. Ikan masin nie tak kering lagi, separa kering memang sedap jika dibakar atau goreng dengan sedikit minyak, lepas tumbuk sedikit di bahagian isi kemudian perahkan asam limau (ngenjes tulis ayat nie).
'Bosuo' sejenis jeruk orang Sabah dibuat daripada ikan sungai atau sayuran. Yang bawah ini bosuo yang dibuat daripada ikan dan dicampur dengan nasi. Warna gelap tu sebab campuran buah pangi (keloak / kluak).
Biji-biji macam batu dalam gambar bawah tu lah buah keloak, dalam isinya berwarna hitam. Saya dekat dengan buah keloak sebab keluarga sebelah mak memang suka buat sambal keloak, boleh tengok sini sambal keloak.
Siapa kenal dengan buah ini?, bentuk macam buah sukun (bread fruit) tapi bukan. Isi berulas macam cempedak atau nangka, kulit tu tajam-tajam dan bergetah macam nangka. Masa kecil jer dulu pernah makan makcik-makcik buat sayur lemak, sedap. Tok kami panggil buah kulo', kemangsi (bread nut) untuk dibuat sayur, bijinya seperti biji nangka boleh direbus sebagai kudapan. Tidak kesampaian nak makan hari tu, beli 2 biji bawa balik tak sempat masak dah buruk ekoran suka bertangguh memasak.
Sihat betul belut-belut di Kota Belud nie, memang senang nak dapat belut di sini sebab daerah Kota Belud masih luas kawasan sawah padinya.
Antara barang kraf yang dijual, ini anyaman daripada pokok serdang. Kraf tangan kebanggan suku kaum bajau Kota Belud, dijadikan sebagai penutup makanan dan hiasan.
Penjual parang Bajau di pasar tamu adalah terdiri daripada pembuat, pengusaha atau tukang besi itu sendiri. Setaip hasil karya mereka ada diletakkan ukiran tanda nama dan daerah.
Pelbagai jenis dan harga mengikut material dan ukiran pada sarung. Difahamkan parang terbaik yang dihasilkan adalah daripada keluli rem kereta api (besi rem kereta api).
Si mandak sibuk cari parang untuk buat potong sayur katanya.
Parang Bajau yang menjadi alat tradisional kebanggan Kota Belud. Bentuk parang dan ukiran pada sarung parang juga ada identiti yang tersendiri.
Pokcik ni asyik betul dengan parang, tapi mampu pegang dan tengok jelah dulu. Harga yang dipegang tu rm450, jika serius nak beli boleh lah tawar harga.
Harga untuk parang panjang / pedang, saya perasan ada yang lebih mahal daripada ini. Tak berani lah nak tanya harga istimewa yang boleh diberi, sebab bukan nak beli pun.
Si mandak cakap sebelum kita beredar dari sini mari kita ambil gambar kenangan dulu, entah bila pula boleh datang sini lagi. Aik macam dia pula yang tinggal jauh, padahal dia nak balik kampung memang akan lalu daerah Kota Belud ini.
Sempat lagi si mandak beli pokok rama-rama depan pintu masuk tamu.
Nanti sambung lagi cerita pasal hari tamu besar.
Wassalam.
wahhhhh meriahnya, semua barang yang susah nak jumpa
ReplyDeletepelbagai jualannya
ReplyDeleteNak tahu tamu kota belud dibuka sampai pukul berapa
ReplyDeleteBuka dari awal pagi hingga tengahari.
Delete