Sunday, 4 August 2019

Serabai Dan Kuah Durian

Assalam...
Serabai atau kueh surabi, nengok tak serabai mana tapi begitulah namanya.  Dulu masa duk Penang kalau pergi pasar malam Bayan Baru, mesti beli kueh serabai yang dijual oleh copule pakcik dan makcik.  Mereka dua nie jual kueh-kueh orang lama-lama, termasuk kueh jongkong kesukaan arwah mak saya mereka pun ada jual.  Saya rasa serabai dia yang paling sedap setakat ini yang saya pernah makan, hari biasa mereka berjualan di astaka Sungai Ara, cari lah kat sana jika masih ada.  Serabai selalu orang makan dengan kuah lemak manis atau kuah durian, tapi sebab dah gemar durian mestilah pilih makan dengan kuah duiran.  Kuah tu pula ada yang suka buat cair-cair ada yang suka buat yang pekat, terpulang ikut selera.



Memandangkan sekarang musim durian, automatik jer teringat kat serabai makcik tu,  jauh weh nak pergi penang.  Kena lah ikhtiar buat sendiri dan kita jumpa resepi dari blog Che Mat Gebu.  Patut serabai belah bawah saja yang garing, tapi sebab kita suka buat garing, maka atas bawah jadi garing.  Kuah pula kita buat pekat sikit, letak isi durian banyak-banyak baru kaw.


Kueh Serabai Dan Kuah Durian
Sumber: Tiffin Biru, Che Mat Gebu


Bahan-bahan
2 cawan tepung beras (che mat campur 1 cawan tepung beras + 1 cawan tepung gandum)
3/4 cawan nasi sejuk*
1 cawan air*(*dikisar halus)
1/2 cawan air
1 camca besar gula
1 camca teh rata garam
1/2 cawan santan



Bahan Untuk Biang - satukan semua
1 camca teh rata instant yeast
1 camca besar gula
3 camca besar air suam



Bahan Untuk Kuah Durian
Beberapa ulas durian atau secukupnya
3 camca besar hirisan gula melaka*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
600 ml santan sederhana pekat
1/4 camca teh garam
1 camca besar rata tepung gandum*
1/3 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
Gula pasir secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul



Cara Penyediaannya
* UNTUK ADUNAN KUIH SERABAI :- Satukan instant yeast, gula dan air suam. Kacau rata dan biarkan 5 minit hingga bancuhan kelihatan berbuih2. Sementara itu, masukkan tepung ke dalam mangkuk besar, tambah nasi kisar, santan. garam dan gula. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast tadi dan juga1/2 cawan air. Kacau hingga semua sebati dan licin, Tutup permukaan mangkuk dengan kain bersih dan rehatkan 2 jam sehingga adunan naik. Sementara itu kita buat kuah durian...
* UNTUK KUAH DURIAN :- Masukkan air gula merah ke dalam periuk bersama2 santan dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Masukkan durian dan tambah gula pasir secukupnya (yang ni ikut citarasa masing2lah yea nak manis atau kurang manis). Masak sekejap, perlahankan api dan tuang bancuhan tepung gandum dan garam. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
* UNTUK KUIH SERABAI :- Panaskan acuan kuih serabai atas dapur, guna api kecil. Lenser dengan sedikit minyak makan pada setiap lubang acuan. Kemudian tuang sesenduk kecil adunan kuih serabai tadi pada setiap lubang acuan. Tutup permukaan acuan dan masak hingga permukaannya kelihatan berlubang2 dan kering. Perlahan2 angkat keluar kuih serabai (che mat gunakan pisau kecil untuk keluarkan kuih serabai dari acuan). Pastikan anda sapu sedikit minyak makan sebelum ditaruk adunan baru. Buat hingga siap..
* UNTUK MENGHIDANG :- Susun kuih serabai dalam bekas, dan sediakan piring sesuai untuk menghidang. Kuah durian boleh kita masukkan dalam mangkuk berasingan dan hidangkan dengan kuih serabai tadi. Kalau kuih tak habis, boleh simpan dalam peti sejuk, tapi pastikan disimpan dalam bekas bertututp untuk mengelakkan kuih jadi kering..


Saya takde acuan untuk kuih serabai, hanya ada acuan bulat-bulat kecil, tu pasal kueh serabainya kecil-kecil kejadiaannya.  Yang penting rasa serabai tu ada dan lepas rasa teringin.
Wassalam.

16 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. kuah durian tu nmpak sedapnya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah tu, kalau tak serabai cicah dengan roti putih pun ok cikgu.

      Delete
  3. Lama duk cari acuan serabai kat tempat kak belum jumpa2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak tau kat mana nak cari kak, tapi rasa kedai jual pinggan mangkuk ada jual.

      Delete
  4. Nama serabai tapi nampak cantik kejadiannya

    ReplyDelete
  5. Hehehe.. pernah makan kuih ni tak tahu pulak namanya serabai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye dik, selain orang panggil serabai, ada juga yang panggil kuih mayat.

      Delete
  6. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukwah juga dan terima kasih sudi follow.

      Delete
  7. Sedapnya.. Serabai dengan kuah durian memang terbaik. Kena dengan selera sy

    ReplyDelete