Wednesday, 2 January 2013

Welcome to 2013....


nasamulia
Mari mengembara melihat kebesaran Ilahi, semoga dengan itu kita lebih bersyukur.
Assalam semua,
Diam tak diam tahun masihi berganti lagi. Syukur Alhamdulillah kerana masih dikurniakan kesempatan untuk bernafas dan menghirup udara di tahun baru ini.  Semoga segala target yang kita set setahun lepas telah tercapai dengan jayanya. Mulia percaya ada antara kawan2 yang kurang dari segi pencapaian, namun itu bukanlah alasan untuk kita patah semangat.  Mungkin usaha kita masih belum mencukupi atau belum masanya Allah memberi apa yang kita hajati, kerana besar kemungkinan benda yang kita inginkan bukan yang terbaik atau yang kita perlu dalam hidup.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, Allah melimpahkan berkat dan rahmat kepada kita semua. Mari berusaha menjadi insan lebih baik daripada semalam....SELAMAT TAHUN BARU 2013.

No comments:

Post a Comment