Thursday, 10 January 2013

Spinach (Bayam) kegemaran si Popeye!


Poy Choy Tumis bersama Udang
Assalam,
Siapa yang pernah tengok cerita kartun Popeye The Sailorman?  mesti ramai yang tahu kan, kartun yang famous ketika zaman 80-an.  Mereka yang seangkatan dengan Mulia mesti suka, zaman dulo2 hanya ada brapa kerat sangat cerita kartun yang disiarkan banding dengan zaman sekarang.  Krakter dan suara Popeye memang lucu dan menghiburkan kanak-kanak. Aksi Popeye yang tiba2 menjadi gagah perkasa selepas memakan bayam (spinach) akan dapat mengalahkan si Brutus gendut yang sentiasa mengkhianati Popeye dan kekasihnya Olive.  

Rase2 part Popeye jadi gagah perkasa lepas memakan bayam boleh dijadikan motivasi bagi kanak-kanak untuk mengalakkan mereka mengambil sayur-sayuran dalam diet harianKalau ikut maksud spinach dalam bahasa melayu, sayur bayam lah kan? tapi bukan sayur bayam yang macam selalu kita jumpa tu, kalau dalam chinesse word selalu dipanggil Poy Choy.

Poy Coy (Green Spinach) Tumis Udang
500gm Poy Choy - bersihkan dan potong panjang2
200gm isi udang
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 inci halia - hiris halus
Minyak untuk menumis
Garam dan perasa.
*Tumiskan bawang dan halia hingga kekuningan.  Masukkan isi udang, goreng hingga masak dan masukkan garam.  Bila dah masak, masukkan poy choy. Gaul sekejap dan angkat.
*Sayur poy choy hanya memerlukan masa yang singkat untuk dimasak.
NASAMULIA
 Sayur dalam photo ini dipanggil Spinach /Poy Choy - dalam Bahasa Melayu Bayam
nasamulia
Inilah Sayur Bayam yang selalu kita jumpa itu





No comments:

Post a Comment