Friday, 18 January 2013

Assam Steam Kepala Salmon

nasamulia
Assam Steam Kepala Salmon

Assalam,
Mulia utarakan resepi untuk siri inovasi suamiku ketika di dapur, Assam Steam Kepala Salmon.  Selalu sangat bila dapat kepala ikan salmon dimasak kari, Mulia kureng sket dengan kari ini, perut asyik sebu bila menjamah kari terlalu banyak.  Kali ini Mulia request supaya kepala salmon tu suami masak stim yang ada rasa pedas dan masam.  Ketika mengemukakan request Mulia dah kecur liur dah sebenarnya membayangkan hasilnya.
 
Assam Steam Kepala Salmon
3 ketul Kepala Salmon - belah dua dan bersihkan
Untuk sayur-sayurnya pula;
2 biji tomato belah empat
1 biji cili merah - hiris kasar
1 biji cili hijau - hiris kasar
5 biji cili padi - ketuk2 (tambah kalau suka lagi pedas0
2 ulas bawang besar - hiris bulat
3 ulas bawang putih - hiris halus
2 biji bunga kantan - hiris kasar
2 biji limau nipis - untuk perahkan jus ke atas ikan, kulit kemudian stim bersama ikan
5 helai daun limau purut - stim bersama ikan 
garam dan perasa secukupnya.
*Rebuskan sayur dalam kuali bersama lebih kurang 1 liter air (gunakan air mendidih untuk mengelakkan sayur terlalu masak), letakkan sekali garam dan perasa.
*Oleh kerana suami hanya menggunakan kuali untuk stim ikan, air untuk merebus sayur diletakkan di bahagian bawah.  Sementara ikan diletakkan di sebelah atas mengunakkan penapis.  
*Tutup rapat dan biar selama 20 minit.  Ikan akan masak bersama sayur-sayuran serentak dan air rebusan juga akan mengering.  Letakkan ikan yang telah masak ke dalam pinggan dan tuangkan sayur-sayuran bersama kuah ke atas ikan.
nasamulia
Rebuskan bahan2 yang turut dijadikan dasar untuk stim ikan
nasamulia
Terlebih dahulu perahkan air limau nipis pada ikan dan kukus bersama kulit limau dan daun limau purut.
Selepas 20 minit, inilah hasilnya...marvelous sangat.   Paling best nikmati ketika masih panas berasap lagi.
Selamat mencuba dan wassalam.

No comments:

Post a Comment