Saturday, 5 January 2013

Lepak-lepak di Persiaran Queensbay Penang.

nasamulia
Semakin banyak gerai menjual pelbagai jenis makanan di kawasan ini

Salam semua,
Waktu kenduri kahwin yang kami nak pergi tu dari jam 6.00 petang sehingga 9.00 malam...nasib baik kawan Mulia bagi peringat tang waktu, Mulia ingat waktunya macam waktu orang melayu biasa buat kenduri dari jam 11.00 pagi sampai petang....tup tup pergi waktu tengahari, nganga saja tengok orang baru nak susun meja.  Sementara menunggu waktu kenduri yang start jam 6 petang, kami singgah lepak-lepak di Persiaran Queensbay mengambil angin laut dan cuci mata.
nasamulia
Singgah posing2 kat Penang Bridge - sebenarnya x boleh berenti kat atas ini, kecuali kecemasan. 

nasamulianasamulia
nasamulia
Geng Rokok! @ Persiaran Queensbay, Penang
nasamulia
 Jambatan Pulau Pinang, View dari sebelah kiri Persiaran Queensbay
nasamulia
Sambil menjamu selera, pengunjung dapat melihat pemandangan Pulau Jerejak (Dahulunya Pulau Jerejak dijadikan sebagai pulau untuk menempatkan banduan, sekarang terkenal dengan destinasi Pelancongan)
nasamulia
Dari sini pengunjung jugak boleh melihat kapal terbang yang hendak mendarat dan berlepas.
Kalau bernasib baik, boleh menyaksikan helang terbang...terbang sang helang terbang mengibuarkan sayapnya...teringat lagu Kak Pah plak.

nasamulia
Ini View di sebelah kanan, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang bakal menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara.   Ketika ini pembinaannya telah mencapai 90% dan dijangkakan akan dibuka secara rasminya pada September 2013.
Jom sambung lepak2 dan makan2 lagi - boleh pekena laksa penang, rojak buah, jagung bakar, potato spring, bihun sup, ice cream dan banyak lagi.
nasamulia
nasamulia
 

nasamulia
Dah kenyang makan angin, jom balik


No comments:

Post a Comment