Tuesday, 8 January 2013

Brussel Sprout si Anak Kubis!!!


nasamulia
Brussel Sprout Goreng
Assalam wbt.
"Eh aku teringin nak makan sayur anak kubis"....eikh blur rase seketika otak bila kawan Mulia sebut perkataan itu.  Dah banyak umur hidup di dunia, tak pernah plak dengar nama sayur ini....hehehehe.  Setiap kali terjumpa sayur, mesti Mulia tersenyum simpul teringat kat kawan tu..alahai si anak kubis.

Brussel sprout yang bulat2 macam dalam gambar, selalunya adalah yang diimport dari negara luar. Jenis Brussel Sprout yang ditanam di negara kita, bentuk tak bulat seprti ini tetapi jenis semua kelopak daunnya terbuka. Sayur ini agak sedap sebab terasa crunchynya ketika dikunyah... baik untuk senaman tulang pipi menurut en.husband....hehehe

Brussel Sprout Goreng
300gm Brussel Sprout - basuh dan potong (Mulia belah dua jer)
100gm isi udang
1 biji cili merah - hiris
1 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia muda - hiris
Minyak untuk menumis
Garam dan penambah perasa

*Tumiskan bawang hingga layu.  Masukkan udang, cili merah dan brussel sprout.  Tumis seketika dan perasakan dengan garam. Jangan masak terlalu lama untuk mengelakkan sayur terlebih masak.
Wassalam

No comments:

Post a comment