Saturday, 5 January 2013

Sungai Dua - Char Koay Teow

nasamulia
Lokasi Gerai ini di Sungai Dua, Butterworth.  Keluar persimpangan Sungai Dua, dari Lebuhraya arah Utara (Alor Setar) sebelum Plaza Tol Sungai Dua. Belok kanan arah Pekan Sungai Dua, gerai pun terletak di sebelah kanan. 
Assalam,
Pada penggemar char koay teow (malay version), Sungai Dua Char Koay Teow di sinilah tempatnya.  Di buka dari jam 5.00 petang sehingga jam 4. pagi.  Yang menarik iklan tentang telur ayam yang dibasuh, rasenya amat kurang peniaga yang memberi makluman kepada pelanggan bahawa telur ayam digunakan sama ada dibasuh atau pun tidak.  

Menurut hukum syarak, telur yang hendak digunakan perlu di basuh, kalau tidak maka najislah jawabnya. Bila dah najis tentulah HARAM kan!... Ini merupakan salah satu prosuder wajib bagi peniaga atau mengeluar makanan untuk mendapatkan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jakim.  Nak makan ker kalau disajikan najis...eeeh wueeeekkk...tepuk dada tanya selera.
nasamulia
Kedai sentiasa penuh sesak dengan pelanggan - Gambar ini diambil ketika tengah malam, sedang enak  menikmati Char Koay Teow


No comments:

Post a Comment