Friday, 18 January 2013

I LOVE U MUM....

nasamulia
Durian Kek yang Hampir Pecah
Assalam wbt dan selamat pagi...Ingatan pada diriku dan kawan2 yang masih mempunyai kedua orang tua, curahkanlah bakti yang terbaik untuk mereka, selagi mereka masih ada di dunia ini.  Kepada yang telah pergi, hanya doa dari anak-anak yang mereka harapkan.  Mulia teringat Lagu dendangan biduanita Syarifah Aini untuk para emak, lirik yang menyentuh perasaan....Jom kawan2 kita perati dan selami lirik lagu MAWAR PUTIH UNTUK MAMA seperti yang di bawah ini;
 Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku

Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Kesempatan balik kampung minggu lepas, Mulia sempat bawa mak jalan2 walaupun plan asalnya telah berubah, namun mak tetap gembira.  Kek itu Mulia bawa dari KL, bukan takde kedai kek kat Sandakan, tapi saja nak wat kejutanlah konon.  Lihat sajalah kek yang hampir pecah kerana kepanasan dalam perjalanan.  Mulia saja nak bagi mak rasa kek durian yang sedap ini, Mak kan suka makan durian...saja minta tuliskan something pada kek dan minta lilin, ala-ala mak sambut birthday plak. 
nasamulia
Mak senyum jer tengok kek
nasamulia
Mak gembira dapat potong kek, tapi makan sikit jer...
nasamulia
Bersemangat untuk menempuh perjalanan jauh.

No comments:

Post a Comment