Saturday, 19 January 2013

Jalan-Jalan di Kampung Saya....

nasamulia
Tempat-tempat menarik untuk dilawati
Assalam,
Saja nak promote negeri di Bawah Bayu, my hometown...walaupun map kat atas ini kurang sket berdasarkan info yang dipaparkan.  Bukan apa, klau mereka yang tidak kenal atau tak pernah tahu akan map Borneo yang betul, mereka akan mengandaikan bahawa Sabah dikelilingi oleh lautan, sedangkan bahagian bawah adalah daratan yang bersambung dengan Sarawak kiri bawah dan Kalimantan Kanan bawah.  Itu yang Mulia katakan, peta yang digambarkan di atas adalah kurang tepat, untuk mereka yang expert goegrafi kategori lain, pendapat Mulia mungkin hanya mewakili mereka yang tidak berpeluang belajar goegrafi atau mereka yang langsung tidak pernah mendapat gambaran tentang kedudukan dan bentuk Sabah mahupun Borneo.

Pada sesiapa yang berhajat untuk melawat seluruh negeri, pastikan anda telah peruntukan sekurang2nya seminggu.  Dua atau tiga hari tidak mencukupi kerana negeri ini luas dan untuk bergerak dari satu daerah ke daerah yang lain perjalanan darat memakan masa yang lama, sebagai contoh dari Kota Kinabalu ke Sandakan hanya 300km lebih sedikit perlukan 6 hinggga 7 jam menggunakan pengangkutan darat.
nasamulia
Penunjuk arah tetap ada. Keberangkalian untuk sesat memang tiada.  Kalau sesat jugak sebab anda segan atau tidak bertanya pada sesiapa.
nasamulia
Airport Kota Kinabalu, ke-2 tersibuk mengendalikan penumpang domestik dan antarabangsa selepas KLIA
nasamulia
Inialah keadaan jalanraya yang menghubungkan kawasan di Sabah, hanya 2 lorong dan ada tempat2 tertentu tinggal 1 lorong, tidak perlu risau untuk bayar tol sebab tiada highway tetapi kalau hendak menjelajah seluruh negeri seeloknya mengunakan kenderaan 4x4.
nasamulia
Antara jenis pengankutan yang digunakan penduduk tempatan, kawasan yang berbukit bukau perlu kenderaan yang lasak.
Paling suka bila melalui jalan ini pokok hujan-hujan yang berlumut di kiri kanan jalan, ada sungai yang merentasi jalan tersebut dan di sebalah kanan merupakan tapak Tamu Besar Ranau setiap bulan, kawasan ini adalah selekoh sebelum pekan Ranau dari arah Telupid.
 

 

No comments:

Post a Comment