Friday, 18 January 2013

Roti Tisu Giant, Betul-Betul Kayu.

nasamulia
Roti Tisu, Kayu Nasi Kandar
Assalamualaikum,
Keletihan dalam perjalanan balik dari Sandakan ke KL di tambah perut yang berkeroncong minta diisi dinihari, menyebabkan kami memilih untuk singgah makan di restoran berhampiran rumah, Restoran Original Kayu Nasi Kandar Dataran Prima, PJU 1 Petaling Jaya.  Kalau ikutkan sekadar duduk dalam flight selama 2 jam 45 minit,  xdelah penat sangat tetapi jadual yang padat selama 3 hari di kampung, menyebabkan kami kelelahan.  Nasib baik sepupu dan wifenya datang menjemput di LLCT, so dalam perjalanan balik PJ relaxlah sket.

Pada mulanya nak cari sesuatu yang light & easy jer.  Tetapi wife sepupu yang tengah sarat mengandung pula yang kelaparan.  Kalau nak balik rumah then masak2 lagi memang dah tak larat sangat, so kami pilih untuk singgah makan di kedai mamak yang memang buka 24 jam.
nasamulia
Seorang pilih Mee Goreng Ayam, Yang seorang lagi Maggi Goreng
nasamulia
Bukan sekadar sambung pinggan, meja pun kena sambung nak landingkan Roti Tisu ini.
nasamulia
Mari ramai2 tolong perabih roti tisu ini.

No comments:

Post a comment