 |
Bekas bertutup merah dipanggil sebagai Busara yang berisi kuih-muih, turut diberikan kepada pengantin perempuan bersama hantaran yang lain merupa kelengkapan untuk si pengantin. |
Assalam wbt.
Salam jumaat yang penuh barakah, Mulia nak kongsikan pengalaman menghadiri majlis perkahwinan suku kaum Bugis yang kami hadiri di Kinarut, Papar Sabah baru-baru ini. En3 yang ini Mulia nak papar makanan yang disajikan kepada tetamu. Tetamu yang hadir disambut oleh kedua ibu bapa atau keluarga terdekat pengantin dan dipersilakan ke meja buffet untuk mengambil makanan.
Secara tradisinya, tetamu akan dipersilakan mengambil hidangan pemanis mulut terlebih dahulu berupa kuih-muih dan minuman panas atau sejuk yang disediakan. Apabila selesai menjamu manisan, tetamu akan dipersilakan pula untuk menjamu hidangan yang lebih berat berupa nasi (selalunya hanya nasi putih yang disediakan) bersama lauk pauk. Jamuan selalunya tersedia seawal jam 10 pagi dan majlis menerima tetamu berlarutan sehingga jam 9.00 malam.
Tetamu bebas untuk memilih makanan yang dihidangkan dan mereka boleh mengambilnya secara berulang-ulang (tetamu biasalah, bila kita pergi majlis secara automatik jadi terlebih bersopan santun menjaga tingkah laku). Tempat duduk yang disediakan selalunya berhadapan dengan pelamin oleh itu sambil tetamu menjamu selera, mereka boleh menyaksiakan pengantin bersanding sambil dihuburkan dengan band atau kugiran (sekiranya ada disediakan oleh tuan rumah).
 |
Suasana di majlis perkahwinan |
Mari kita intai2 apakah menu yang telah disediakan pada hari itu.
Menu Hidangan Utama;
 |
Menu Sup Ayam |
 |
Barisan petugas mereka yang membantu di meja buffet. |
 |
Bergedil Jagung |
 |
Acar Rampai |
 |
Sambal Goreng Daging |
 |
Sate Daging Goreng - yang ni tidak di grilled seperti sate biasa sebaliknya digoreng terlebih dahulu sebelum dicucuk dengan satay stick |
Terdapat menu lain yang disediakan tetapi miss dalam photo iaitu Ayam goreng bersos dan Sayur campur.
Berikut adalah ntara menu Pemanis Mulut yang disediakan;
 |
Puding Karemel, yang dikenali sebagai Kuih Susu (Beppa Pires) dalam masyarakat Bugis. |
 |
Baulu Pecak (direct translation ke dalam Bahasa Melayu adalah Bahulu Lembut), bahulu ini dibuat tanpa mengunakan gula, jadi rasanya memang tawar, air gula akan di tuang ke atas kuih atau kuih direndam ke dalam air gula terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada tetamu. |
 |
Kuih Sari Manis - Rasanya seperti Puding telur, yang uniknya kuih ini di letakkan hirisan buah nangka |
 |
Jelly bersama Kuah kastard |
 |
Bila dah dicampur beginilah hasilnya = Jelly-Jelly |
 |
Sekaporo' - Kuih yang diperbuat daripada campuran telur, santan dan gula serta pati pandan untuk warna hijau. |
 |
Ketiri Sala' Pulu' Bolong - Seri Muka Pulut Hitam |
 |
Tapai Pulut Hitam (Tape Pulu' Bolong)
Kuih Biji Nangka |
 |
Buffet yang meletakkan kuih muih bersebelahan dengan hidangan utama, turut disediakan adalah minuman panas teh 'O' atau pun kopi 'O' |
No comments:
Post a Comment