Friday, 3 October 2014

Semperit Susu Dr. Siti

Assalam...
Esok lusa kita dah nak sambut raya haji kawan-kawan.  Jom buat biskut mudah ini.  Memang mudah dan senang untuk disediakan.  Walaupun menggunakan bahan-bahan yang mudah, namun rasa dia tetap sedap.  Lembut, gebu and will melt in your mouth.
Patutnya guna ceri merah atau hijau untuk hiasan atas tu, tapi ketiadaan stock itu yang pergi bantai guna coklat chip.  Tapi tetap menarik jugak kan?.
Terima kasih pada sahabat baik saya (Dr. Siti) yang berada di kuching sana tolong bagi resepi ini.  Sebenarnya sahabat saya copy paste resepi kakak beliau yang memang terkenal sebagai peniaga biskut raya di Kuching.  Beliau sharekan pada kawan-kawan rapat beliau semasa kami duduk satu rumah sewa ketika bergelar student lagi.  Walaupun masa itu bergelar sebagai student, duit tak berapa nak ada, tapi semangat nak menghasilkan biskut sendiri sentiasa membara.  Jom ah apa tunggu lagi, semak resepi ini. 

Semprit Susu
Sumber: Dr. Siti

Bahan-bahan
2 biji kuning telur
3/4 tin susu pekat
250gm majerin / mentega
400gm tepung jagung (saya tambah sedikit sehingga adunan senang dipegang)
ceri / coklat cip untuk hiasan

Cara Penyediaan
* Kacau majerin dan susu (tak perlu guna mixer, guna senduk kayu pun boleh)
* Masukkan kuning telur, gaul rata.
* Masukkan tepung jagung, gaul hingga jadi adunan.
* Sempritkan adunan ke atas loyang, hias dengan ceri hijau atau merah....(saya guna coklat chip)
*  Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160'C selama 15 minit atau hingga kekuningan.
*  Sejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Wassalam.

2 comments:

  1. Nak tanya 3/4 tin susu pekat atau 3/4 tin krimer pekat manis? Sbb brand F&N ada SUSU pekat manis yg tin dia kecik sikit drp KRIMER pekat manis F&N dan brand2 lain. Resipi ni guna krimer pekat manis atau susu pekat manis? Senang sikit kalau ada sukat gram berbanding 3/4 tin.

    ReplyDelete
  2. Susu pekat atau krimer pekat dua-dua boleh guna, sebarang brand boleh. Istilah pekat atau krimer yang membezakan adalah kandungan lemak susu, standart yang digunapakai oleh pengilang susu. Sukatan 3/4 tina adalah tin besar (+- berat bersih 480-500gm), jadi kalau dapat tin yang kecil sedikit tu, guna 1 tin.

    ReplyDelete