nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Friday, 18 January 2013

Menu Tradisi Majlis Perkahwinan Suku Bugis

nasamulia
Bekas bertutup merah dipanggil sebagai Busara yang berisi kuih-muih, turut diberikan kepada pengantin perempuan bersama hantaran yang lain merupa kelengkapan untuk si pengantin.
Assalam wbt.
Salam jumaat yang penuh barakah, Mulia nak kongsikan pengalaman menghadiri majlis perkahwinan suku kaum Bugis yang kami hadiri di Kinarut, Papar Sabah baru-baru ini.  En3 yang ini Mulia nak papar makanan yang disajikan kepada tetamuTetamu yang hadir disambut oleh kedua ibu bapa atau keluarga terdekat pengantin dan dipersilakan ke meja buffet untuk mengambil makanan.  

Secara tradisinya, tetamu akan dipersilakan mengambil hidangan pemanis mulut terlebih dahulu berupa kuih-muih dan minuman panas atau sejuk yang disediakan.  Apabila selesai menjamu manisan, tetamu akan dipersilakan pula untuk menjamu hidangan yang lebih berat berupa nasi (selalunya hanya nasi putih yang disediakan) bersama lauk pauk.  Jamuan selalunya tersedia seawal jam 10 pagi dan majlis menerima tetamu berlarutan sehingga jam 9.00 malam. 

Tetamu bebas untuk memilih makanan yang dihidangkan dan mereka boleh mengambilnya secara berulang-ulang (tetamu biasalah, bila kita pergi majlis secara automatik jadi terlebih bersopan santun menjaga tingkah laku).  Tempat duduk yang disediakan selalunya berhadapan dengan pelamin oleh itu sambil tetamu menjamu selera, mereka boleh menyaksiakan pengantin bersanding sambil dihuburkan dengan band atau kugiran (sekiranya ada disediakan oleh tuan rumah).
nasamulia
Suasana di majlis perkahwinan
Mari kita intai2 apakah menu yang telah disediakan pada hari itu.
Menu Hidangan Utama;
nasamulia
Tetamu mengambil hidangan masing2
nasamulia
Menu Sup Ayam

nasamulia
Barisan petugas mereka yang membantu di meja buffet.
nasamulia
Hidangan buffet yang diletakkan bersebelahan pelamin.
nasamulia
Bergedil Jagung
nasamulia
Acar Rampai
nasamulia
Sambal Goreng Daging
nasamulia
Sate Daging Goreng - yang ni tidak di grilled seperti sate biasa sebaliknya digoreng terlebih dahulu sebelum dicucuk dengan satay stick
Terdapat menu lain yang disediakan tetapi miss dalam photo iaitu Ayam goreng bersos dan Sayur campur.
Berikut adalah ntara menu Pemanis Mulut yang disediakan;
nasamulia
Puding Karemel, yang dikenali sebagai Kuih Susu (Beppa Pires) dalam masyarakat Bugis.
nasamulia
Baulu Pecak (direct translation ke dalam Bahasa Melayu adalah Bahulu Lembut), bahulu ini dibuat tanpa mengunakan gula, jadi rasanya memang tawar, air gula akan di tuang ke atas kuih atau kuih direndam ke dalam air gula terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada tetamu.
nasamulia
Kuih Sari Manis - Rasanya seperti Puding telur, yang uniknya kuih ini di letakkan hirisan buah nangka
nasamulia
Jelly bersama Kuah kastard
nasamulia
Bila dah dicampur beginilah hasilnya = Jelly-Jelly
nasamulia
Sekaporo' - Kuih yang diperbuat daripada campuran telur, santan dan gula serta pati pandan untuk warna hijau.
nasamulia
Ketiri Sala' Pulu' Bolong - Seri Muka Pulut Hitam
nasamulia
Tapai Pulut Hitam (Tape Pulu' Bolong)
nasamulia
Kuih Biji Nangka
nasamulia
Buffet yang meletakkan kuih muih bersebelahan dengan hidangan utama, turut disediakan adalah minuman panas teh 'O' atau pun kopi 'O'
nasamulia
Terima Kasih kepada Ibu Hajah yang bertanggungjawab menghidangkan makanan yang cukup sedap kepada tetamu.