Assalam...
Mandi sungai di Melangkap, moment mandi sungai paling best yang pernah dibuat. Sangat-sangat disarankan datang ke sini kepada mereka yang mencari tempat untuk merehatkan minda dan fikiran. Sebenarnya ada beberapa aktiviti yang pengunjung boleh lakukan di sini selain mandi sungai antaranya hiking ke air terjun, spa ikan di Melangkap Tiong dan terbaru flying fox.
Aliran air Sungai Melangkap berpunca daripada Gunung Kinabalu dan perkampungan pertama yang dilalui adalah Melangkap. Melangkap terdiri daripada lima (5) buah kampung iaitu Melangkap Baru, Melangkap Tiong, Melangkap Kapa, Melangkap Tomis dan Melangkap Noriou. Faktor penentu air Sungai Melangkap sangat jernih dan bersih.
Sungai Melangkap dahulunya tidak lah sebesar dan seluas
ini, aliran sungai juga telah berubah selepas banjir besar. Jika dahulu
aliran sungai dekat dengan homestay yang kami menginap tetapi sekarang
telah berubah ke arah kampung Melangkap Baru.
Pemandangan biasa, batu besar dan batang kayu balak di sungai. Siapa pun tidak dapat menduga, musibah yang menimpa penduduk kampung Melangkap ketika banjir besar bertukar menjadi rahmat selepas itu. Tempat ini semakin mendapat tempat untuk dikunjungi oleh orang luar, secara tak langsung ekonomi penduduk setempat dapat dijana. Ketika banjir besar harta benda penduduk kampung banyak musnah termasuklah kemudahan awam seperti jambatan dan jambatan gantung yang menjadi jalan penghubung utama mereka.
Kami meredah sungai bergerak melawan arus untuk sampai ke tapak perkhemahan di Palumpong (tempat ini berbayar untuk masuk), kiranya kami menceroboh melalui sungai lah ke tempat ini. Kawasan perkhemahan Polumpong paling banyak diviralkan dalam laman sosial. Di sini memang kena tidur dalam khemah saja, lebih adventure bagi orang muda. Sebenarnya ada beberapa lagi tempat perkhemahan atau homestay di Melangkap ini, jadi tidak perlu risau jika satu tempat itu telah penuh.
Seakan lupa segala masalah dapat berendam dalam sungai. Suhu air tu pun ngam, bila berendam lama takdelah sejuk yang boleh menyebabkan kaki kram kerana sejuk yang melampau.
Sepagi bermain air sungai memang rasa tak puas hati. Satu lagi kenapa tak puas hati sebab lepas mandi, badan tak gatal langsung. Sebenarnya saya ini macam ada elergi ke apa namanya sebab setiap kali balik dari mandi sungai ker, air terjun ker, laut ker, badan akan merasa gatal untuk beberapa hari.
Cerita banyak pun tak guna, nak rasai pengalaman tu datang lah sendiri ke sini. Out of planet sekejap lupakan segala gadget dan mari berinteraksi dengan alam sekitar.
Memang jatuh hati sangat dengan tempat ini, suatu hari pasti nak datang lagi. Pastikan kunjungan akan datang, boleh buat banyak aktiviti terutama hiking ke air terjun dan flying fox.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment