Friday, 8 December 2017

Sinurambi, Tambunan


Assalam...
Selepas makan kenyang, kami bergerak ke Sinurambi (makna dalam bahasa dusun amat mempersonakan).  Memang terpesona melihat pemandangan dari tempat ini.  Sebelum sampai ke menara yang berbentuk wakid ini pun sudah terpesona.  Terpesona pada pemandangan bukit dan gunung-gunung yang terletak dalam Banjaran Crocker.


Sinurambi dijadikan sebagai landmark utama untuk tahun melawat Tambunan 2017.  Masa akan datang tempat ini akan menjadi lebih meriah dengan siapnya pembangunan berdekatan menara.  Menara sinurambi yang berketinggian 17 meter dibina dengan kos RM500,000 dan melibatkan 2 fasa.  Datuk Joseph Pairin Kitingan (anak jati Tambunan) mencetuskan idea pembinaan menara sebagai langkah untuk mempromosikan daerah Tambunan sebagai tempat tarikan pelancong.


Dah sampai haruslah tinggalkan jejak di situ.


Menara dibina dengan menggunakan besi dan aluminium dan diwarnakan mengikut konsep warna bambu yang terdapat di Tambunan.  Bentuk menara diispirasikan daripada bentuk wakid (sejenis bakul) yang menjadi alat/aksessori untuk menyimpan barang keperluan penduduk tempatan.  Senang cerita sebagai handbag gucci orang tempatan diguna ke kebun, ke sawah atau ke pasar.  


Inilah bakul yang dipanggil "wakid" tu, selalu dikandar dibelakang si pemakai.  Gambar pinjam dari cik google.





Ada had maksima bilangan pengunjung yang dibenarkan pada setiap platform ( ada 3 tingkat platform).


Nak pemandangan lebih menarik kena lah panjat hingga ke platfrom 3.  Agak gayat juga lah petang tu, menara terasa bergoyang-goyang ketika angin kencang.  Kemungkinan sebab pengunjung tak ramai, kami berdua saja masa tu.


Pandangan ke arah bukit, pembangunan sedang rancak berjalan.  Kemungkinan resort atau tourist centre yang sedang dibina, kami terlepas pandang pada papan tanda pembinaan.  


Ini pemandangan ke arah pekan Tambunan, sebelah kiri arah ke Keningau dan sebelah kanan arah ke Kota Kinabalu atau Ranau.


Close up sikit pekan Tambunan,   Walaupun hanya pekan kecil, tetapi pelbagai kemudahan terdapat di sini.  Sejak dahulu lagi dah ada padang golf di Tambunan ini.  Jika bercadang ke Tambunan, boleh merancang pelbagai aktiviti terutamanya kepada mereka yang suka aktiviti lasak.  Hiking Bukit Lugas, Gunung Wakid atau mendaki Gunung Trus Madi, gunung kedua tertinggi di Sabah.


Kami tak berlama-lama di sini, lepas meninjau kawasan menara dan menembak serba sedikit, kami tinggalkan tempat ini ke destinasi seterusnya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment