Monday 4 December 2017

Kenduri 3 Pasang Pengantin di Keratong


Assalam...
Majlis menyambut menantu di rumah ayah su, berlangsung sehari sebelum majlis anak mak teh di Shah Alam.  Kami bertolak pagi dari PJ, manakala ayah dengan chek dar kampung.  Janji jumpa kat Jempol sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Keratong 4.


Majlis sambut menantu ini untuk meraihkan 3 pasangan pengantin (3 orang pengantin lelaki adik beradik) anak ayah su.  Sepatutnya nak raih 4 pasanga, tetapi pasangan ke-4 tidak dapat ikut serta sebab faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.


Sebenarnya majlis di belah pihak pengantin perempuan, masing-masing telah berlangsung secara berasingan.  Menurut ayah su, ini seperti mengumpulkan anak-anak lelaki beliau yang telah bernikah sepanjang  tahun 2017.  Rangkum dalam satu majlis, hujung tahun, senang cerita.  Dapat menyenangkan saudara mara yang jauh nak datang meraihkan majlis.


Sebab ada 3 pasang pengantin, meja makan beradap pun buat 3 set juga.  Mudah untuk keluarga masing-masing nak duduk, bagi layanan sama rata  untuk ketiga-tiga keluarga pengantin.


Sekiranya pasangan yang ke-4 ikut serta, khemah meja beradap pengantin terpaksa extend ke jalan raya. Halaman rumah sedang elok memuatkan 3 set meja makan beradap.


Kesemua 6 orang anak lelaki ayah su dah bertemu dengan suri hati masing-masing, tinggal lagi 2 orang anak dara.  Hujung bulan ini pula kami akan meraihkan majlis anak ayah long di Purun, bertemuh jodoh dengan orang Pengkalan Hulu.


Bersama sebahagian sepupu perempuan pengantin yang hadir.


Sebahagian keluarga Ibrahim yang datang memeriahkan majlis di rumah ayah su, felda keratong 4.


Kek ini, mereka bekalkan berapa potong untuk kami makan dalam perjalanan balik.  Sedap sangat, pengajaran untuk hari itu adalah, lain kali jangan pandan pada rupa ya.  Kalau tahu sedapnya begitu, nak minta tapau banyak-banyak.


Sebelum bergerak balik, kami ke hospital Muadzam melawat ayah ngah yang tengah warded kat sana kerana lelah.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment