Assalam..
Suasana petang kami sampai di Malangkap Homestay, puncak Gunung Kinabalu terlindung oleh kabus. Sesekali saje akan menampakkan rupanya, itu pun sipi-sipi. Betapa untungnya siapa yang pernah menginap di Homestay Melangkap ini, duduk di beranda pandangan memang terarah ke arah Akinabalu. Penginapan kami di Melangkap pada mulanya merancang nak tidur dalam khemah, tetapi hari yang kami nak pergi tu, musim hujan dan banjir besar baru surut di Kota Belud. Sebagai langkah berjaga-jaga kami menginap di homestay saja.
Hari pertama, terpaksa tahan hati sebab tak dapat berendam lagi dalam sungai ini. Setakat bermain di gigi air dan tinjau tempat nak buat bbq malam nanti. Kawasan sungai bawah jambatan gantung tu, privasi kalau nak mandi sebab jauh daripada tumpuan pengunjung daripada tapak perkhemahan lain yang berada di Polumpong atau yang terletak di sebelah bawah Melangkap Homestay.
Kalau tak sempat nak singgah di jambatan gantung Tamparuli, di depan homestay ini ada jambatan gantung. Panjangnya boleh tahan, pergilah ulang alik berapa kali yang mampu. Hari kami sampai tu, kami lihat beberapa peserta Jamboree salah satu acara sempena hari Tamu Besar Kota Belud, yang berkeliaran melalui kawasan Melangkap untuk melengkapkan cabaran sukan tersebut.
Sebelah malam, selepas balik dari Kota Belud melihat pesta Usunan, kami masih teruskan plan nak buat bbq. Kesian pada en.Joe yang sanggup tunggu kami ketika itu. Nyalakan unggun api sebagai pelengkap perkhemahan olok-olok kami di halaman homestay.
Minta untuk dipasangkan khemah untuk digunakan lepak-lepak ketika bbq. Konon-konon esok subuh nak berbaring-baring dalam tu untuk melihat matahari terbit dari sebalik gunung.
Sebelum arang menjadi bara api untuk memanggang makanan kami, makanlah bekalan makanan apa yang ada. Thanks to Rhina sebab beli keropok tasen. Nostalgia zaman sekolah terimbas kembali dapat menikmati keropok tasen. Saya ingatkan keropok tu sudah tiada dalam pasaran, rupanya packaging dah up grade, dah cantik patutlah saya tak kenal perasan.
Terima kasih Joe, yang bersusah payah hidupkan api malam tu. Dia seorang je yang ditugaskan menjaga kami malam tu jadi kami ajak dia join sekali dengan kami. Tuan homestay (mertua Joe) terpaksa balik ke Kota Kinabalu sebab ada majlis perkhawinan di sana.
Pemandangan pada waktu pagi, waktu ini agak kesiangan (jam 6.00 pagi) nak memotret gunung kinabalu. Tak dapat menyaksikan pemandangan ketika biasan sinar merah matahari masih berada di balik gunung.
Batu-batu besar macam tu memang banyak tepi sungai. Menurut cerita tuan punya homestay batu-batu tu adalah serpihan batuan dari gunung Kinabalu yang dibawah oleh banjir besar selepas gegaran tahun 2015.
Bilik penginapan kami di tingkat atas, amat selesa dengan kos yang tak masuk akal murahnya. Kami dimaklumkan yang sebelum ini mereka ada satu lagi homestay dekat sungai, tetapi telah dihanyutkan air ketika banjir besar ekoran gegeran tahun 2015.
Pada sesiapa yang ada plan nak datang bercuti ke Melangkap dan ingin mencari penginapan boleh hubungi Melangkap Homestay di sini. Kalau tak nak menginap di rumah sytle kampung ini, sekarang mereka dah ada bilik yang lebih selesa dengan harga yang sangat-sangat berbaloi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment