Assalam...
Selamat berhujung minggu dan bercuti panjang kawan-kawan. Tak
boleh balik kampung atau bercuti, boleh lah buat aktiviti shopping
tingkap, gedung beli belah kat KL semua tengah celebrate YES kan
sekarang nie. Cuti-cuti dapat berkumpul bersama keluarga kan best, boleh main masak-masak dengan adik beradik. Jom main masak-masak dengan menu puding pula.
Puding Berkuah Cocktail
Sumber: Mulia
Bahan Untuk Puding
1 cawan tepung kastard
1 cawan susu cair / santan
2 cawan air
1/2 cawan gula
sedikit garam
Cara Penyediaannya
* Campurkan susu, air dan tepung castard bahan dalam periuk.
* Kacau sebati hingga tiada tepung yang berketul.
* Campurkan gula dan garam.
* Kacau adunan sepanjang memasak, guna api sederhana.
* Masak hingga kental, berkilat dan meletup-letup.
* Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
* Untuk menghidang, susun puding dalam mangkuk dessert dan tuangkan kuah puding.
Bahan Untuk Kuah
1 tin buah-buahan cocktail
1 tub nata de coco
1 tin susu cair
Gula secukupnya
Cara Penyediaannya
* Campurkan susu cair dan air gula dari buah cocktail. semua haban dan didihkan sekejap
* Didihkan seketika, sesuaikan rasa manis kuah.
* Masukkan buah cocktail dan nata de coco. Tutup api.
* Sejukkan sebelum dihidangkan bersama puding kastard.
Semoga hujung minggu anda semua mengembirakan dan baik-baik saja. Kita menghitung hari untuk cuti hujung minggu depan pula. Tak sabar, tak sabar.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment