Assalam...
Alkisah ini sebelum balik hari tu, pepagi hari orang sibuk nak pergi kerja, kami sibuk pergi hiking di Bukit Botak atau ada orang juga panggil Bukit Gundul yang terletak di Sepanggar Kota Kinabalu. Begitulah kalau dalam group ada orang kaki hiking, jadi nak tak nak kita pun akan terikut-ikut kan. Tapi takpe, bagus tu untuk keluarkan peluh. Botak dan gundul tu sama kan maksudnya, jadi bila ada orang merujuk mana-mana nama itu ianya membawa maksud bukit yang sama, selagi masih rujuk tempat yang sama iaitu Sepanggar KK.
Nak pergi ke starting point tu macam agak susah nak cari. Kalau ikut google macam ada beberapa tempat starting point dia. Mula-mula kami pergi starting point yang dekat dengan KKIP selatan, tapi pusing punya pusing tak jumpa yang dinamakan starting point. Nasib jumpa budak yang berjalan kaki nak pergi sekolah, dia sarankan kami pergi satu lagi jalan. Jalan ke Sabah Port, tetapi jalan tu masih belum dibuka, so kita kena mencerobohlah kan.
Hujung minggu, selalu akan nampak banyak jer kereta parking di setiap starting point tu. Tetapi hari bekerja, hanya ada kenari yang park tepi jalan. Kepunyaan group remaja yang kami jumpa semasa bergerak naik ke Bukit Botak.
Terowong keluar masuk ke pelabuhan. Masa kami pergi macam tak buka lagi sebab simpang ke Jalan Sepanggar pun masih belum buka, tak nampak sebarang kenderaan lalu kat situ.
Pendakian agak licin pada mulanya sebab hujan lebat malam sebelum tu, lagi pula tanah bukit yang mula-mula kita menapak tu memang dah gondol. Akan ada projek pembinaan baru.
Nak kata tinggi sangat nak mendaki ke sini, tidak jugak lah. Berjalan secara santai, cuma yang bagi lambat sebab banyak kali singgah ambil gambar atau selfie. Tak sempat pun peluh jantan nak keluar, peluh mak-mak atau anak-anak (istilah saya sendiri ya) jer sempat keluar. Track pun tak curam sangat, sesuai untuk hiking seisi keluarga bawa kanak-kanak. Rasa macam ko pergi dusun durian atok ko yang ada kat atas bukit gitu lah, rasanya.
Kampus Uitm Sabah dari Bukit Botak. Ada akses hiking dari dalam kampus ke Bukit Botak ni, tapi hanya mereka yang berkenaan jer boleh lalu situ.
Pemandangan ke arah Teluk Sepanggar (Sabah Port). Kapal selam negara berlabuh dekat-dekat pulau kecil sebelah kiri tu.
Sesiapa yang dekat-dekat tu, boleh lah datang hiking di sini. Panjat bukit keluar peluh jer, tak perlu keluarkan duit, hasilnya awak juga yang sihat.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment