Assalam..
Perjalanan dari Kota Belud ke One Borneo KK hanya 1 jam 20 minit. Itu yang sepatutnya, tetapi asyik singgah sana sini dah jadi 5 jam (jalan terus boleh sampai Sandakan). Kalau sangkut dalam jem mesti rasa nak marah kan, penat tau, tapi sebab masing-masing ada agenda nak singgah, dah tu pula suka berlama-lama, jadi tak perlu heran lah kan.
Sebelum sampai Salut, kami dah singgah pekan Tuaran, singgah Shangrila Rasa Ria, singgah makan lunch cum dinner (rasa lapar dari Kota Belud hanya dapat dilunaskan di restoran terapung Tanjung Badak). Ini tak termasuk singgah isi minyak atau ada yang nak terrrr...
Ini persinggahan yang last kami cakap, sebab kalau tak singgah kali ini, lepas-lepas ini takde dah. Perut msih kenyang dengan nasi goreng di resto terapung tadi, tapi ikutkan saja lah. Singgah satu kedai yang takde pengunjung. Sepanjang jalan di Salut tu banyak jer gerai jual lokan bakar dan kelapa bakar ini. Kami tak tahu kedai mana yang best, kami main redah ja singgah. Tak mahu singgah yang ramai pengunjung walaupun orang kata kalau tempat tu ramai, tempat tu lah yang sedap. Takpe kita bagi can yang takde orang, berbagi rezeki.
Minta bakarkan satu longgok besar lokan (harga tak silap RM15.00). Pesan lokan saja, sebab masih kenyang dan nak rasa ini saja. Tempat yang tak ramai orang ko boleh buat kedai tu macam ko yang punya. Dengan selamba ikut adik tu pi bakar lokan di belakang gerai, sembang-sembang dapat resepi dan cara bakar lokan.
Dua orang kata sedap sangat lokan bakar nie, seorang lagi tak sentuh langsung makanan macam ni, elergik. Yang seorang lagi, tak dapat nak feel sebab masih terlalu kekenyangan.
Tak salah mencuba sesuatu yang baru, kalau suka boleh datang lagi. Dekat saja tu, tidak sampai pekan Tuaran jugak kalau dari Kota Kinabalu, di Telipok corner masuk Jalan Sulaman saja.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment