Assalam...
Cuaca cantik petang itu, ikutkan hati memang malas dah nak patah balik ke bandar KK bila dah sampai ke Airport. Tapi nak kena serahkan kunci rumah pada Ann, nak say good bye kat dia sebelum balik ke Tanah Malayu. Teringat tempat kerja dia perdekatan dengan water front, jadi cepat-cepat berjalan ke luar pagar taham bas mini ke KK.
Sampai terminal, dah dekat senja. Tangguh pergi jumpa Ann dulu tapi berlari ke sini. Ann boleh tunggu kita, senja ini tak boleh tunggu. Kalau ada peluang datang lagi, suasana dah tak sama.
Sebenarnya dah terlalu letih untuk berjalan lagi, sepupu ajak berjalan ke bulatan todak pun, tak dapat dipenuhi. Terpacak saja lah di sini menikmati senja.
Mulanya cari port di tempat duduk restoran yang ada kat situ, lari kan diri sebab seorang demi seorang pelayan mereka datang bertanyakan kami sekiranya nak minum atau makan.
Inilah yang dapat kami saksikan petang itu, tak pandai nak capture gambar yang cantik. Jadi begini saja lah.
Jika kedudukan ketika itu berada di pantai tanjung Aru atau perkampungan atas air, mesti lagi cantik. Begitulah manusia tak pernah puas.
Senja berlabuh, cepat cari uber or grab nak pergi KKIA. Flight malam itu delay juga dari jadual asal, tapi Allah atur cantik, sempat naik naik last ERL malam itu ke Putrajaya Sentral.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment