Wednesday, 20 December 2017

Take a Break: Bertandang ke Malaka


Assalam...
Agenda bertandang ke Melaka yang asyik tertunda, plan nak pergi ramai-ramai dengan geng sakai tapi tak pernah menjadi.  Sehingga dapat pelawaan demi pelawaan untuk bertandang dari seorang kakak (roomate) dipertemukan semasa ke tanah suci (kak Idah dan anak dia Jasmin) seorang lagi anak dia Shafiq roomate en.Abe.  Kami bergerak ke Melaka pada jumaat malam, hampir tengah malam dah masa tu.  En.Abe kata, kita santai-santai jer, no hurry, no rush, no speed trap, jadi sempatlah masak-masak buat bekalan. 


Elok kami sampai rumah kak Idah dia dah siap masak tengah hari.  Langkah kanan betul, bukan nak datang makan ye, tapi kami tak nak datang awal pagi, kami fikir biarlah tuan rumah settlekan dulu tugasan mereka, kalau dah pepagi tercongok kang mengganggu pula nanti.  Sebenarnya sejak pagi, Shafiq dan kak Idah silih ganti bertanya keberadaan kami dah sampai mana, ada kat mana.


Dah sampai tu baru cerita yang kami sampai Melaka sejak semalam lagi, check in hotel kat Bandar Hilir.  Lahabau betul budak nie, buat apa bazir duit, tidur jelah kat rumah akak nie, kalau tak nak tidur kat rumah pun, depan umah ini ada hotel.  Kan kau dah kena lahabau, takpelah kak, lain kali lah kami datang tidur umah akak.  Segan sebenarnya kami nak tidur iyelah baru pertama kali bertandang ke rumah beliau.


Lepas makan tengahari, kak Idah dan Shafiq bawa kami jalan-jalan, Jasmin tak dapat ikut sebab kena kerja hari sabtu tu. Mereka bawa kami ke Perkampungan Hang Tuah, singgah sholat di Masjid Kampung Hulu dan ke Masjid Selat Melaka.  Pengisian yang bagus, jjcm kami kali ini bukan pasal makan tetapi jalan-jalan cari masjid.  


Aduhyaii segannya rasa, kami datang berlenggang, masa nak balik dapat buah tangan pemberian kak Faridah.  Semoga tambah-tambah murah rezeki akak sekeluarga selepas ini.


Dah berpisah dengan kak Idah dan shafiq, kami bergerak ke Simpang Ampat nak singgah menyantuni Mak Su (bekas isteri pertama Ayah Su, Keratong).  Tapi sebelum tu kami singgah di Batu Berendam nak cari keria gula melaka dan coconut shake.  Saya tak tahu sama ada ini keria antarabangsa yang femes ke tidak, tetapi rasa dia superb, nyesal beli sikit.


Pertama kali saya berjumpa dengan Mak Su, seorang yang peramah dan mudah mesra dengan orang.  En. Abe pula dah belasan tahun baru dapat jumpa semula, nampak air mata gembira maksu ketika jumpa en.Abe.  Mak Su ada kelebihan sebagai tukang urut tradisional, terutama urutan untuk wanita lepas bersalin.  Sebelum balik sempat berurut dengan Mak Su malam tu.


In sha Allah, ada kelapangan akan bertandang lagi mencari keluarga mahupun sahabat baru dan lama.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment