Tuesday, 12 March 2019

Buah Buni @ Bunne

Assalam...
Salah satu buah nadir yang saya jumpa ketika berkunjung ke Sulawesi Barat baru-baru ini adalah buah bunne sebutan bagi orang tempatan di sana, buah ini sukar dijumpa kerana penanamannya tidak dikomersialkan dan jarang dijual di pasar-pasar.  Dikenali sebagai bignay fruit (Antidesma bunius) di Filipina.


Apabila makan perlbagai warna itu terasa manis, masam dan kelat.  Setiap warna buah mewakili satu rasa yang tersendiri. 


Ketinggian pokok buni, agak tinggi 15-30 meter dan berkayu keras.  Memandangkan tangkai buah terletak dihujung-hujung dahan, takde lah kami memanjatnya, hanya petik yang tercapai saja.

Mencari-cari jika ada anak pokok bunne yang boleh di bawah balik, tapi tak ade pula.


Buah buni yang berwarna gelap kehitaman itu rasanya masam manis, manakala yang warna pink dan merah masih sangat masam. Jika hijau dan cerah putih itu rasa kelat, memang harus kenyit-kenyit mata kalau makan yang muda.

Bila tanya pak google pasal buah ini, ternyata di Pulau Jawa buah terkenal untuk membuat rojak buni atau dicampur bersama rojak buah.  Lagi satu dikatakan mengandungi banyak khasiat pemakanan terutama vitamin c dan antosianin seperti yang banyak terkandung dalam buah-buahan bernama beri, acai beri, mulberi, raspberi...
Wassalam.

No comments:

Post a Comment