Tuesday, 12 March 2019

Tapai Ubi Goreng

Assalam...
Suka makan tapai ubi berbanding dengan tapai pulut, dapt kawan dengan orang jawa memang puas makan yang ini.  Family saya pandai buat tapai pulut saja, tapai pulut hasil air tangan arwah mak dulu memang terbaik, setiap kali raya tak sah jika tak buat tapai pulut untuk tetamu.  Saya cuma tolong kepal-kepalkan pulut yang telah digaul dengan ragi.  Bentukkan bulat-bulat dan susun kemas-kemas dalam bekas, mak tak bungkus tapai hanya susun dalam bekas.  Pantang larang utama nak buat tapai adalah setiap proses perlu bersih daripada permulaan proses hingga akhir.


Musim raya, tapai pulut selalu kami makan dengan burasak pulut (tumbuk) atau makan dengan cendol.  Tapi kalau dapat tapai ubi ini selalu makan begitu saja.


Dah lama nak try bikin yang satu ini, tapai ubi  goreng, tapi setiap kali beli tapai habis makan begitu saja.  Katanya femes di Kalantan, tapi tak pernah makan lagi ketika ke sana. 


Tapai Ubi Goreng
Sumber:  Mulia


Bahan-bahan
1 bungkus tapai ubi (guna tapai yang masih agak keras)
4 sudu tepung beras
2 sudu tepung gandum
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaannya
* Campurkan semua jenis tepung, garam, dan serbuk kunyit.  Bancuh dengan air sehingga mendapat better goreng pisang.
* Panaskan minyak.
* Celupkan tapai ke dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas.
* Goreng hingga keperangan dan angkat.
* Hidangkan.  
* Cadangan hidangkan tapai goreng bersama ice cream vanilla atau coklat.


Selamat mencuba, sedap nie.
Wasalam.

7 comments:

  1. Tak pernah tahu lagi adanya tapai ubi.. Mesti sedapkan :)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah mkn tapai ubi goreng..
    Sedap ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah makan dengan eskrem lagi sedap kak.

      Delete
  3. Hi colleagues, good article and good arguments commented at
    this place, I am really enjoying by these.

    ReplyDelete
  4. Pernah juga makan tapai ubi goreng ni.

    ReplyDelete