Assalamm....
Salam ramadhan kareem, semakin mendekati ke penghujung ramadhan sudah ramai yang mula sibuk membuat persiapan raya. Walaupun tak boleh beraya sakan macam tahun-tahun sudah, tapi sambutan tetap ada walaupun hanya kita-kita saja sekeluarga dan tetap di rumah. Hari raya perlu disambut walau dimana kita berada dan dalam keadaan apa sekali pun sebagai ganjaran kemenangan untuk kesabaran fizikal dan kejayaan menjinakkan hawa nafsu dalam bulan Ramadan secara spiritual. Semoga ramadhan tahun ini kita laluinya dengan sebaik mungkin sebelum kembalinya kita kepada fitrah yang asal dan penuh kesucian. Menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT.
Ok, balik pada resepi yang nak dishare iaitu ayam masak buah keloak. Sejujurnya tak pernah jumpa keluarga saya masak keloak tu bersama ayam, seperti resepi-resepi baba nyonya. Walaupun sangat dekat dengan buah rare satu ini, tapi yang selalu saya jumpa buah keloak diolah jadi sambal (gammi) keloak atau kulit buah fresh (yang dipanggil pangi) dimasak bersama ikan. Lama dah stok buah keluak ini ada dalam peti ajaib, pemberian arwah kakak dulu, nak cuba masak dengan ayam macam resepi nyonya. Tapi bila saya baca resepi macam agak rumit pula penyediaanya, jadi saya olah cara yang senang dan mengikut citarasa sendiri. Sebab buah ini dah terlalu lama disimpan, kulit buah yang sememangnya keras seakan lebih keras dari batu ketika nak dipecahkan (nasib tak pecah lesung saya). Isi dalam yang hitam pun dah sedikit kecut, tapi masih ingat tips dari arwah tentang buah keloak yang disimpan lama. Jika bau keloak masih fresh tuk maksud masih elok, hanya perlu rendam seketika dengan air panas bagi isi keloak lembut sedikit sebelum ditumbuk/diolah. Resepinya macam yang bawah nilah.
Ayam Masak Kaloak
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
3-5 biji isi buah kaloak (kluwek/keloak/pangi)
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inc. halia*
3 biji cili besar / cili padi*
2 batang serai - titik
Minyak untuk menumis
Garam
Serbuk perasa
Air.
Cara Penyendiaan
* Tumbuk halus atau blend bahan bertanda '*'.
* Keluarkan isi kaloak dan tumbuk halus. Kulit buah keloak sangat keras, saya ketuk dengan batu lesung untuk pecahkan kulitnya. Isi yang telah ditumbuk pancuh sedikit dengan air untuk buat paste.
* Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
* Masukkan ayam, tumis lagi dan tambah air. Tambahkan paste keloak dan jika suka kuah boleh lebihkan air.
* Masak hingga kuah pekat atau ayam empuk.
* Sesuaikan rasanya dengan garam dan serbuk penambah perasa.
* Hidangkan.
Kalau ada yang tanya mana nak dapat buah ini, saya pernah jumpa ada dijual di pasar gerai jual ulam dan hasil tanaman kampung. Sekarang boleh beli online di Lazada buah keloak, tapi yang saya punya ini beli dari Indonesia
Wassalam.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteIzin promo ya Admin^^
ReplyDeletebosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~
waalaikumussalam. oh belum pernah makan atau jumpa kaloak tu :D
ReplyDeleteWaalaikumussalam..
ReplyDeletePernah rasa adik ipar Dari Sarawak buat nasi goreng ayam bersama buah kaloak ini..
buah kaloak ni sukar didapati..pernah seorang chef baba nyonya share pasal buah ni pada kami..dia juga kena order dari indonesia..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri.
ReplyDeleteMohon kemaafan sekiranya ada tak sengaja perkataan yang menguris hati selama ini.
SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/
ReplyDeleteFirst time tengok..mesti sedap ni...
ReplyDelete