Assalam...
Sesuatu yang manis, apabila berjaya menyediakan makanan yang orang pinta dan selepas tu dapat pula pujian daripada mereka. Sebenarnya bukan lah pujian tu yang ditunggu-tunggu tetapi cara mereka makan bertambah-tambah itu lebih bermakna. Permintaan yang dah lama, dah lapok tetapi orang yang minta tu sentiasa menuntut janji, bila dah tak tahan pergi juga ke pasar malam mencari ulam. Dua kali ke pasar baru lengkap pencarian pelbagai ulam-ulaman walaupun tak sampai bilangan 4o jenis.
Daun ulaman harus di hiris sehabis halus, dalam gambar tu tak seberapa halus seperti hasil racikan orang pro yang buat. Tidak mengapa untuk 1st trial dan sudah mencuba kan.
Ikan kering dan bahan bumbu lainnya yang telah ditumbuk halus.
Part terakhir, mengaul nasi putih panas-panas dengan ulaman dan bahan tumbuk. Untuk menyediakan nasi ulam tidak lah sesukar mana, part yang paling mencabar adalah untuk mencari pelbagai ulam dan proses meracik halus pucuk-pucuk tersebut. Untuk menyediakan nasi ulam yang ini 2 kali mencari ulam. Pertama kali di pasar malam, beli awal 2 hari tetapi semua ulam rosak dan seterusnya cari waktu ulam di pasar sebelah pagi sebelum menyediakan nasi ulam pada waktu tengahari.
Nasi Ulam Kedah
Sumber: Fiza's Cooking
Bahan-bahan
3 cawan nasi panas
1 keping ikan tenggiri masin (digoreng dan leraikan), saya guna isi ikan talang masin
4 sudu kerisik
Ulaman-ulaman (di hiris halus) - saya guna 14 jenis ulam hari tu- ulam raja, daun gajus, daun selom, daun bebuas, daun belinjau, pucuk putat, pucuk pegaga,daun mengkudu, daun limau purut, daun cekur, daun selasih, daun kemangi, daun kesom dan ginseng vietnam
1 kuntum bunga kantan.
Bahan Untuk ditumbuk Halus
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 sudu lada hitam
5 ulas bawang merah
Cara Penyediaannya
* Gaul nasi dengan ulaman yang telah dihiris halus, bahan tumbuk, kerisik, isi ikan masin.
* Tidak perlu menambahkan garam kerana isi ikan masin kering telah masin.
*Hidangkan nasi ulam bersama asam rebus keladi.
Cerita pasal nasi ulam sayur keladi, teringat pulak lagu dalm filem melayu lama, filem bawang putih bawang merah yang menyebut "nasi melukut sayur keladi, untuk bondaku di pagi hari". Sesuai konsep orang makan nasi ulam dan sayur keladi sebagai sarapan di utara, walaupun sekarang orang masak nasi dengan beras bermutu bukan lagi guna beras melukut (hancur).
Wassalam.
belum pernah rasa lagi.
ReplyDeleteSedap agaknya.
Sedap sangat.
ReplyDeleteDan berkhasiat...
Delete